Harian Metro

PERLIS, ATM TERIKAT

- Hafizudin Mohd Safar sukan@hmetro.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kelebihan bermain di halaman sendiri gagal dimanfaatk­an Perlis apabila sekadar seri 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan pembukaan Liga Perdana di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini, semalam.

Pasukan pelawat membuka jaringan pada minit ke-36 hasil sepakan penyerang, Mohd Rafizol Roslan yang gagal ditepis penjaga gol Mohd Nasril Nourdin.

Walaupun kedua-dua pasukan melakukan serangan namun gagal menghasilk­an gol sehingga separuh masa pertama tamat.

Bermula separuh masa kedua, Perlis cuba mencari gol penyamaan dan usaha mereka berhasil apabila menjaringk­an gol minit ke-88 hasil sepakan Muhd Zafuan Azeman yang menumpaska­n penjaga gol Mohd Hafizuddin Azuhar.

Kedua-dua pasukan kekal seri 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Ketua jurulatih Perlis Razip Ismail berkata, beliau gembira dengan keputusan seri itu kerana barisan kesebelasa­n utama yang dirancangn­ya sebelum ini terpaksa dirombak di saat akhir atas beberapa faktor.

“Sememangny­a perlawanan pembukaan selaku tuan rumah kami mengharapk­an kemenangan, namun tetap berpuas hati dengan seri.

“Masih banyak ruang untuk dibaiki dan kami harap keserasian antara pemain import dan tempatan bertambah baik selain mendapat kemenangan perlawanan kedua nanti.”

Sementara itu, ketua jurulatih ATM Azhar Abdullah pula berkata, pihaknya tidak menyangka dapat mencuri satu mata kerana pasukannya tidak berada pada kemampuan maksimum.

Azhar berkata, hampir semua pemain tempatan adalah muka baru dan kurang berpengala­man.

“Saya berpuas hati dengan keputusan (seri) tapi berharap akan ada peningkata­n untuk aksi akan datang,” katanya.

„ Tuan rumah gagal gunakan kelebihan

bermain di laman sendiri

Selayang: Pasukan Kuala Lumpur membuka kempen Liga Perdana musim ini dengan langkah kanan apabila mengalahka­n Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-1 di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, di sini, malam tadi.

Pasukan pelawat yang dilatih jurulatih baharu, Mohd Hamzani Omar selepas Benjamin Mora dinaikkan pangkat membimbing skuad utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Super, gagal memperagak­an aksi menarik.

Tonggak import JDT II, Nicholas Alberto mengejutka­n

 ??  ?? PEMAIN Perlis Park Yong Jun (kiri) mengawal bola daripada direbut Ikbolion Babakhanov (kanan) pemain ATM pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Tuanku Syed Putra, semalam.
PEMAIN Perlis Park Yong Jun (kiri) mengawal bola daripada direbut Ikbolion Babakhanov (kanan) pemain ATM pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Tuanku Syed Putra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia