Harian Metro

‘ADAKAH KITA BERSEDIA?’

-

Setiap individu mempunyai cara serta minat masing-masing menjelang tahun baru. Dan apabila berkecimpu­ng dalam dunia bola sepak seumur hidup maka ada berlainan selera. Musim bola sepak Malaysia 2017 bermula hujung minggu ini dan seperti biasa, setiap pasukan membuat pelancaran jersi serta memperkena­lkan pemain baru.

Tetapi, seperti biasa juga, mengikut kenyataan FMLLP terdapat 40% pasukan yang masih tidak pandai mengisi borang pendaftara­n pemain. Seperti biasa, musim baru maka azam baru, dengan beberapa pasukan mempunyai tekad menjulang sekurang-kurangnya satu piala.

Seperti biasa juga, pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) akan menjadi juara Liga Super untuk musim keempat berturut-turut.

Tetapi tumpuan saya adalah pada 23 Januari ini apabila undian Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 akan diadakan. Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 adalah segala-galanya untuk bola sepak Malaysia. Kita perlu layak ke Piala Asia 2019 kerana itu akan menjadi bukti kekuatan bola sepak Malaysia sebenarnya.

Kita tidak boleh ikut langkah Liga Perdana Inggeris yang berkokok menjadi ‘Liga Terhebat di Dunia’ tetapi pasukan kebangsaan England seperti tikus terjerat di arena antarabang­sa. Kekuatan liga kita hanya disukat dengan pencapaian di arena antarabang­sa. Dan bagi bola sepak Malaysia, melayakkan diri ke Piala Asia 2019 adalah satu pencapaian.

Undian yang akan diadakan kelak memberi peluang terbaik kerana kelayakan hanya mempertemu­kan kita dengan pasukan yang tidak digeruni.

Seperti mana diketahui, Kelayakan Piala Dunia 2018 juga digunakan sebagai kelayakan pertama dan dengan itu, kita sedia tahu pasukan gergasi Asia yang akan ke Piala Asia 2019 sudah disahkan.

Pasukan yang sudah layak adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai hos, Qatar, Korea Selatan, Jepun, Thailand, Arab Saudi, Australia, Uzbekistan, Syria, Iraq, Iran dan China. Mujur kita dapat mengelak 12 pasukan ini!

Ketika undian Kelayakan Piala Asia 2019, kita diletakkan dalam Balang 4, bermakna kita dianggap di antara pasukan paling lemah di Asia. Bersama kita dalam Balang 4 adalah negara jiran Singapura. Agak melegakan kita tidak akan diundi bersama.

Dalam Balang 3, pasukan seperti Maldives, Lubnan, Yaman, Afghanista­n, Taiwa, serta Myanmar bakal menanti kita. Sekali pandang, kita akan bertuah jika dapat mengelak Lubnan, Afghanista­n serta Myanmar. Ketiga-tiga pasukan ini dianggap memberi masalah sekiranya undian meletakkan salah satu pasukan itu dalam kumpulan kita. Kita kena yakin boleh mencari dua mata menentang tiga pasukan pasukan ini. Enam mata pula wajib diraih sekiranya Maldives, Yaman atau Taiwan diundi bersama kita.

Dalam Balang 2 pula, India, Palestin, Tajikistan, Vietnam, Hong Kong serta Turkmenist­an akan menawarkan satu pasukan dan di sini kita harus yakin menghadapi mana-mana pasukan. Saya tidak menganggap ada pasukan dari Balang 2 yang jauh lebih kuat daripada Malaysia. Saya yakin kita boleh mencari empat mata menentang mana satu pasukan ini.

Daripada Balang 1 pula, Jordan, Oman, Filipina, Bahrain, Kyrgyzstan dan Korea Utara menjadi salah musuh kita. Di sini, saya berharap kita dapat diundi bersama Filipina kerana pasukan ini sudah menunjukka­n kelemahan ketara di Asia Tenggara baru-baru ini. Daripada Balang 1 ini, matlamat untuk mengumpul sekurang-kurangnya tiga mata menjadi realistik

„

dengan kemenangan di gawang sendiri.

Ini bukan andaian tetapi analisa keseluruha­n pasukan dengan prestasi semasa serta jangkauan prestasi akan datang. Adakah kita sudah bersedia dari segala aspek?

Kita berharap pihak kejurulati­han lebih mantap serta matang dengan segala urusan pemilihan pemain, program latihan serta mencorakka­n taktikal.

Apakah usaha yang sudah dilakukan untuk mengubati luka antara Johor DT serta FAM?

Adakah sewaktu ‘off season’ ada perbincang­an serta dialog bagaimana hendak menyelesai­kan isu seperti persaraan pemain tonggak daripada berulang?

Kelayakan ke Piala Asia 2019 adalah perkara realistik dan bukan satu harapan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia