Harian Metro

‘BUKAN CALON PROKSI’

- Firdaus Hashim sukan@hmetro.com.my

Ketika ramai berpendapa­t Tan Sri Aseh Che Mat calon proksi Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) pula menepis dakwaan itu dengan menganggap istilah diuar-uarkan itu sebenarnya tidak wujud.

Sebaliknya PBMM percaya, Pengerusi Jawatankua­sa Integriti FAM itu turut berminat dan bersemanga­t untuk mengubah lanksap bola sepak negara yang kini semakin ‘sesak’ dan memerlukan perubahan drastik.

Menurut Naib Presiden PBMM Mohd Firdaus Mohamed, pihaknya sedia memberi sokongan kepada Aseh asalkan dapat menjanjika­n pembabitan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam FAM.

Katanya, pakej menarik ditawarkan TMJ kepada ahli gabungan dengan mencadangk­an Aseh sebagai Presiden FAM dan dirinya sebagai Penaung atau Penasihat Diraja badan induk bola sepak negara itu amat baik, malah bakal menjanjika­n gandingan mantap.

“Pada mesyuarat PBMM di Hulu Langat baru-baru ini, kami sebulat suara bersetuju mencalonka­n Aseh selaku presiden selepas tertarik dengan pakej ditawarkan TMJ itu.

“Kami sudah menyerahka­n nama Aseh kepada FAM sekali gus menepis tohmahan sesetengah pihak yang melabelkan beliau sebagai calon proksi.

“Bagi kami, tiada istilah proksi kerana beliau juga

(gambar)

pernah terbabit dalam bola sepak termasuk menjadi Pengerusi Jawatankua­sa Integriti FAM selain memegang jawatan tertinggi dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur sebelum ini.

“Kami yakin beliau akan menjalanka­n tugasnya sebagai presiden dengan baik dan berbekalka­n sokongan TMJ di belakangny­a pasti mampu merubah persatuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Pada November lalu, TMJ mencadangk­an Aseh yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri untuk menerajui FAM kerana berasakan beliau memiliki pengalaman, bersifat neutral, berterus-terang selain mempunyai jawatan dalam badan induk itu.

Bagaimanap­un, cadangan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu ditentang penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang menyifatka­n Aseh adalah calon proksi.

Jelas Annuar, sekiranya Aseh memenangi kerusi panas itu, ia sama sekali melanggar statut FAM yang melarang campur tangan pihak luar dalam membuat dasar dan keputusan bagi organisasi itu.

Selain Aseh, nama lain hangat diperkatak­an untuk mengisi jawatan Presiden FAM sebagai pengganti

„ PBMM yakin gandingan

TMJ, Aseh mampu ubah lanskap bola sepak negara

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ialah Annuar sendiri serta tokoh korporat Tan Sri Tony Fernandes.

Pencalonan bagi merebut jawatan Exco FAM kini dibuka dengan semua nama calon daripada gabungan perlu diserahkan selewat-lewatnya Isnin ini sebelum senarai akhir diumumkan 20 Februari depan, manakala pemilihan dijangka berlangsun­g 25 Mac.

 ??  ?? TUNKU Ismail (kanan) mencadangk­an Aseh (kiri) sebagai Presiden FAM.
TUNKU Ismail (kanan) mencadangk­an Aseh (kiri) sebagai Presiden FAM.
 ?? Mohd Firdaus Mohamed ?? Bagi kami, tiada istilah proksi kerana beliau juga pernah terbabit dalam bola sepak termasuk menjadi Pengerusi Jawatankua­sa Integriti FAM selain memegang jawatan tertinggi dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur sebelum ini”
Mohd Firdaus Mohamed Bagi kami, tiada istilah proksi kerana beliau juga pernah terbabit dalam bola sepak termasuk menjadi Pengerusi Jawatankua­sa Integriti FAM selain memegang jawatan tertinggi dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur sebelum ini”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia