Harian Metro

Tiga kelab Thailand uji skuad futsal negara

-

Kuala Lumpur: Tiga aksi pemanas badan menentang kelab Thailand, meyakinkan jurulatih negara Chiew Chun Yong yang anak buahnya kini bersedia menghadapi Kejohanan Futsal AFF 2016 di Bangkok, bermula Isnin ini.

Beliau berkata tiga aksi menentang kelompok pasukan teratas Liga Futsal Thailand itu memberi ruang secukupnya untuk beliau mencuba taktikal dan strategi pasukan.

“Pemain mempamerka­n taktikal permainan dan strategi pasukan dengan cukup baik terutama apabila berdepan lawan kuat,” katanya dipetik menerusi laman sesawang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) www.fam.org.my.

“Sudah tentu saya cuba beberapa taktikal dan strategi serta kombinasi gabungan pemain senior dan pemain muda. Mereka berjaya menampilka­n persembaha­n mengagumka­n dan mengikut arahan baik,” jelasnya.

Skuad kebangsaan yang berlepas ke Bangkok pada 15 Januari lalu, menewaskan Tentera Laut Diraja Thai 5-3 dalam aksi pertama pada 16 Januari, seri 5-5 dengan Bangkok BTS FC (18 Januari) sebelum kalah 1-3 kepada Thai Port FC, semalam.

Beliau bagaimanap­un mengakui ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki tetapi tetap optimis kerana pemainnya semakin menunjukka­n peningkata­n daripada satu demi satu perlawanan.

Dalam pada itu, Chun Yong agak terkilan kerana tiada semangat kesukanan dipamerkan pengadil dan pasukan lawan ketika berdepan Thai Port FC.

Beliau mendakwa selepas skuad kebangsaan mendahului 1-0 pada babak pertama, pengadil bersikap berat sebelah dengan kerap memberikan sepakan percuma kepada lawan untuk memenangi perlawanan berkenaan.

“Situasi ini jelas berbeza berbanding dua perlawanan terdahulu apabila pengadil lebih profesiona­l,” katanya yang tidak bimbang dengan kekalahan berkenaan.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B Kejohanan Futsal AFF itu, dijadual berdepan Indonesia pada Isnin (23 Januari) disusuli menentang Laos (24 Januari) sebelum menamatkan pusingan awal berdepan Myanmar, selang sehari kemudian. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia