Harian Metro

‘Tak menang tak tahulah yob...’

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelaburan besar Perak dengan ‘mengimport’ beberapa bintang tempatan perlu diterjemah­kan dengan tiga mata apabila pasukan itu bertemu Pahang dalam perlawanan sulung Liga Super di Ipoh, malam ini.

Apatah lagi, peluang bermain di depan penyokong sendiri adalah satu bonus selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meringanka­n hukuman serta menunda hukuman bermain tanpa penonton pada dua perlawanan seterusnya.

Bekas ketua jurulatih pasukan itu, Syamsul Saad berkata, dengan barisan pemain seperti Mohd Zaquan Adha Razak, Hafiz Kamal, Shahrom Kalam, Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin, diperkuat anak jati negeri itu, Shahrul Saad serta Nazirul Naim, tiada sebab mengapa Bos Gaurus tidak boleh mengalahka­n Tok Gajah.

“Saya yakin, Perak akan menang malam esok (malam ini) kerana mereka yang dibawa masuk kali ini semuanya berpengala­man luas, ada antaranya pemain kebangsaan.

“Skuad kali ini memang mantap di semua posisi dengan barisan pemain tempatan menepati ciri-ciri pasukan juara. Cuma, saya harap pemain import dapat memainkan Kuala Lumpur: Ketua pasukan Razman Roslan berjanji akan memberikan aksi terbaik untuk memungut tiga mata biarpun Selangor dibelenggu pelbagai kontrovers­i apabila berdepan Pulau Pinang dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang malam ini.

Kontrovers­i membabitka­n pengurusan dalaman Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sejak dua bulan lalu, mahu dibuang jauh pemain dengan tekad menjadikan skuad Harimau Kumbang mangsa pertama.

“Kami ingin memulakan Liga Super dengan momentum kemenangan. Masalah di luar padang tidak seharusnya mengganggu fokus malah jurulatih (P Maniam) sudah mengingatk­an kami agar memberi sepenuh tumpuan untuk peranan lebih berkesan untuk memantapka­n pasukan.

“Apatah lagi Karl Heinz Weigang dapat membuat persiapan rapi kerana tidak ramai pemain cedera berbanding musim lalu.

“Keputusan FAM membenarka­n kehadiran penonton untuk perlawanan ini satu lagi faktor yang meyakinkan saya Perak boleh mengutip tiga mata. Bermain dengan sokongan ribuan penyokong pasti menambahka­n semangat pemain untuk mencipta kejayaan,” kata Syamsul.

Begitupun Syamsul berkata, Perak tetap perlu berhati-hati kerana menganggap sikap menyepi Pahang menjelang sepak mula kali ini menyebabka­n ramai tidak tahu persiapan sebenar mereka.

“Pahang agak misteri kali ini, tidak banyak berita mengenai persiapan mereka. Jadi, kita tidak tahu kekuatan sebenar pasukan itu.

“Namun, berdasarka­n pemain yang mereka ada kali ini seperti Muslim Ahmad, Afif Amiruddin, Joseph Kalang Tie, dan Ashari Samsudin, Pahang tidak boleh diambil mudah,” katanya. aksi liga nanti.

“Kami akan cuba membuat kejutan pada perlawanan pertama dan saya yakin kami mampu meraih kemenangan atau sekurang-kurangnya mendapatka­n satu mata di Selayang nanti,” katanya.

Razman juga mengingatk­an rakan sepasukan supaya memanfaatk­an kesempatan beraksi di gelanggang sendiri dan mengurangk­an kesilapan bagi memastikan kemenangan berada dalam tangan.

“Bukan mudah untuk menewaskan Pulau Pinang. Mereka mempunyai ramai pemain berkualiti dan kemenangan Mohd Faiz Subri dalam Anugerah Puskas FIFA sedikit-sebanyak menambah keyakinan mereka.

“Mereka juga mempunyai penyerang import baru serta sentuhan bekas jurulatih Bengaluru FC Ashley Westwood yang bijak menyusun strategi dan taktikal. Mungkin ia bakal memberi masalah kepada kami nanti,” katanya.

Ditanya mengenai kombinasi permainan yang agak longgar dalam beberapa aksi pramusim, bekas pemain Pahang itu menegaskan Maniam sudah memberi perhatian khusus semasa latihan.

“Bukan mudah untuk mendapat tempo permainan selepas berehat agak panjang. Jurulatih sudah membaiki segala kelemahan yang ada dan saya yakin kami mampu beraksi lebih baik selepas ini.”

 ?? Syamsul Saad ?? ZAQUAN (tengah), Hafiz (kanan) antara muka baru perkasa Bos Gaurus.
Syamsul Saad ZAQUAN (tengah), Hafiz (kanan) antara muka baru perkasa Bos Gaurus.
 ??  ?? RAZMAN (kanan) tekad bantu Selangor lakar kemenangan ke atas Pulau Pinang.
RAZMAN (kanan) tekad bantu Selangor lakar kemenangan ke atas Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia