Harian Metro

Ben mula dihujani tawaran

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pelakon Suri Hati Mr Pilot akui drama lakonan Fattah dan Neelofa itu berjaya mempopular­kan lagi namanya

Penantian selama empat tahun Ben Amir akhirnya berbaloi apabila namanya semakin menjadi sebutan dalam kalangan produser, pengarah drama dan peminat.

Biarpun kerjayanya bergerak agak perlahan,

Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 27, tidak pernah berputus asa untuk mencipta nama.

Kejayaan yang diraih rakan seangkatan lain daripada program Hero Remaja 2011/2012 seperti Fattah

Amin dan Saharul Ridzwan membuatkan Ben lebih bersemanga­t.

Tidak wujud istilah iri hati atau cemburu dengan apa yang dimiliki orang lain. Bagi Ben, lambat atau cepat itu semua rezeki seseorang.

“Setiap orang mempunyai cabaran dan pencapaian masing-masing. Dalam apa jua bidang sekali pun persaingan pasti ada tapi saya bukan jenis yang dengki atau bercakap belakang.

“Tipulah kalau saya cakap saya tak mahu berjaya. Kejayaan orang lain adalah inspirasi dan dorongan saya untuk berjaya. Namun itu adalah rezeki masingmasi­ng. Apa yang penting adalah usaha dan kerja keras. Saya tak kisah pun lambat atau cepat dikenali.

“Paling utama juga adalah janganlah kita bersikap ‘busy body’ terhadap kerja orang lain. Sebaik-baiknya fokus kepada kerja sendiri kerana agar tidak tersasar,” katanya.

Ben yang juga pelakon drama Suri Hati Mr Pilot akui drama lakonan Fattah dan Neelofa itu juga berjaya mempopular­kan namanya.

Masakan tidak, jadual kerja Ben padat sehingga Jun ini selepas dihujani pelbagai tawaran.

“Saya berterima kasih kepada pengarah Michael Ang kerana memberi peluang berlakon dalam drama itu. Saya menganggap drama itu yang menaikkan nama saya. Diakui selepas itu banyak tawaran yang datang.

“Kebanyakan­nya lebih kepada watak utama.

Jadi saya perlu teliti setiap tawaran itu. Saya memilih yang terbaik untuk diri dan kerjaya. Dalam perkara

ini perlu ada perancanga­n supaya saya dapat melihat peningkata­n dari segi lakonan,” ujarnya.

Menurut Ben, dia perlu bijak memilih dan tidak mahu sekadar tangkap muat.

Malah Ben yang juga pelakon drama Bagaikan

Kelip Kelip ditayangka­n di TV3 tahun lalu lebih selesa memberi fokus satu kerja pada satu masa.

“Saya bukan jenis yang nak main ambil saja tawaran. Saya tak mampu lakukan dua ‘job’ pada satu masa. Saya sedar kemampuan diri. Lagipun, saya masih baru jadi bimbang menggangu kualiti kerja,” katanya.

WAJAH SAHAJA BELUM CUKUP

Hadir dengan pakej lengkap sebagai pelakon, Ben bagaimanap­un menafikan dia hanya menyandark­an rupa paras untuk menjadi popular.

“Secara peribadi saya mementingk­an kualiti kerja. Dari segi penampilan dan rupa, ia adalah bonus kepada anak seni. Mutu lakonan perlu lebih dititikber­atkan. Perkara itu yang menentukan jangka hayat seseorang pelakon dalam industri. Rupa paras boleh pudar,” katanya.

Pada masa sama, Ben yang selama ini bersih daripada kontrovers­i dan gosip liar sedia berdepan segala kemungkina­n.

Sejak mula melangkahk­an kaki ke bidang seni, Ben sudah menetapkan dalam diri untuk menjadi lebih kuat dari segi mental dan fizikal.

“Baik atau buruk, perkara itu ia tetap publisiti. Tak dinafikan ia memang membantu dalam kerjaya seseorang artis. Saya sebolehbol­ehnya ingin mengelak sebarang kontorvers­i atau gosip murahan. Bimbang perkara itu boleh membuatkan orang sekeliling naik jelak,” katanya.

Ben yang kini terbabit dalam penggambar­an drama Air Mata Di Bumi Matador teringin memegang watak yang berkesan setiap kali muncul.

“Saya belum lagi mendapat watak yang benar-benar menguji lakonan tapi yakin satu hari peluang itu akan sampai. Saya hanya perlu bersabar dan berlakon dengan baik.

“Alhamdulil­lah setakat ini saya belum mendengar lagi orang bercakap lakonan saya sama saja atau ‘monotonous’. Sebaliknya banyak maklum balas positif diterima,” katanya.

Kejayaan orang lain adalah inspirasi dan dorongan saya untuk berjaya. Namun itu adalah rezeki masing-masing. Apa yang penting adalah usaha dan kerja keras

Ben

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia