Harian Metro

‘Saya tak boleh bangun pagi!’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Ada artis tak anggap

lakonan sebagai karier

Bergelar artis sama tanggungja­wabnya seperti menjalani pekerjaan lain. Tentunya disiplin adalah antara perkara utama yang perlu dititikber­atkan dalam melakukan kerja.

Ada artis tempatan yang memang cukup dikenali dengan sikap berdisipli­n. Tidak kiralah sama ada penyanyi mahupun pelakon, mereka benar-benar menjaga nama dengan menepati masa, sentiasa membuat persediaan sebelum persembaha­n atau masuk ke set dan menghormat­i orang yang lebih lama dalam industri.

Namun begitu, tidak dinafikan, ada juga dalam kalangan artis Malaysia yang tidak berdisipli­n dan bertanggun­gjawab dalam bekerja. Ini sekali gus memberi gambaran buruk buat artis lain yang turut terkena bahana tempiasnya.

BLING! berkongsi pandangan beberapa insan seni yang sentiasa mementingk­an disiplin dan kualiti kerja. “Sepanjang saya bekerjasam­a dengan artis tanah air, rasanya belum ada lagi yang benar-benar tak berdisipli­n. Kalau kita bercakap mengenai disiplin, tak semestinya artis baru, tapi artis lama pun ada yang bersikap tak berdisipli­n. Apa yang boleh saya katakan adalah mengenai masa apabila ada artis yang tak boleh menunggu sehingga ke petang kalau menjayakan sesuatu babak.

Kebanyakan daripada mereka tak tahu apa perjanjian, contohnya kalau bayaran satu hari untuk seorang pelakon, dibayar dengan satu jumlah.

Namun kenapa tak boleh tunggu sehingga ke petang sedangkan, satu hari bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam? Mungkin pengurus atau pihak sepatutnya tak terangkan dan beri garis panduan. Benda ini berlaku juga kepada artis lama yang kononnya hadir ke set untuk menjayakan babak mereka sahaja.

Kalau nak disalahkan satu generasi saja, ia tak adil kerana masing-masing ada perangai tersendiri. Kadangkala, ada juga artis yang sampai awal ke set dan mula menjadi ‘guru disiplin’ pula. Yang menjadi mangsa adalah kru produksi sendiri dan pekerja belakang tabir.

Antara yang saya boleh puji bagus adalah Raja

Afiq, Janna Nick, Puteri Balqis, Normah Damanhuri dan Rosnah Mat Aris. Kebanyakan mereka sedar bahawa lakonan itu adalah kerjaya mereka.”

Disiplin ini pula tak semestinya berkaitan masa sahaja, tetapi

juga persediaan sebelum melangkah masuk ke set dan beberapa perkara lain yang menyeluruh

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia