Harian Metro

SIAPA BOLEH SEKAT DOMINASI JOHOR DT?

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Persaingan merebut kejuaraan Liga Super 2017 kembali semula namun persoalan yang sama menjadi topik perbincang­an buat ‘kaki bola’ iaitu pasukan mana yang boleh menyekat penguasaan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) daripada merangkul gelaran keempat berturut-turut.

Ia pencapaian menakjubka­n musim lalu buat kelab Harimau Selatan kendalian Mario Gomez itu yang gah dengan rekod tanpa kalah iaitu sesuatu yang sukar dilakukan sekali lagi namun tidak mustahil untuk diulangi.

Johor DT pasti menjadi calon pilihan juara biarpun ketiadaan peledak utama musim lalu Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero yang menyumbat 34 gol liga musim lalu serta pemain tengah bertahan Hariss Harun selain Gomez yang diketepika­n beberapa hari sebelum sepak mula.

Dengan jurulatih Johor DT II Benjamin Mora mengambil alih tempat Gomez, Johor DT membawa masuk tiga pemain dari Argentina Brian Ferreira, Gonzalo Cabrera dan Jeronimo Barrales untuk menampung kehilangan itu.

Keupayaan Johor DT agak sukar diramal kali ini selepas mereka dalam proses memantapka­n pasukan bagi tempoh jangka panjang dengan memancing pemain muda tempatan seperti penyerang Hazwan Bakri, Syahrul Azwari Ibrahim, pemain tengah Nazmi Faiz Mansor dan Safawi Rasid serta melepaskan pemain senior Safee Sali, Amri Yahyah dan Nazrin Nawi.

Biarpun pemain muda namun mereka sudah biasa dengan kancah Liga Super bagaimanap­un mampukah mereka menyerap tekanan bermain dengan kelab besar Johor DT serta jangkaan tinggi penyokong yang sentiasa dahagakan kejayaan.

Dengan deretan ramai pemain berkualiti dalam pasukan, Mora dijangka tidak berdepan masalah biarpun dihimpit jadual padat apabila turut akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) jika layak menerusi playoff atau bermain dalam Piala AFC.

Kemampuan Johor DT diuji terlebih dahulu oleh pencabar utama mereka Kedah dalam aksi Sumbangsih malam tadi.

Anak buah Tan Cheng Hoe tampak cukup bersemanga­t untuk memburu kejuaraan selepas menduduki tangga ketiga liga dan memenangi Piala Malaysia tahun lalu.

Dengan bajet besar RM27 juta, memang wajar skuad Helang Merah bernafsu besar merebut tiga kejuaraan musim ini.

Kerja Cheng Hoe sedikit mudah untuk membentuk pasukan apabila berjaya mengekalka­n tonggak utama termasuk pertahanan terbaik kebangsaan Rizal Ghazali daripada menyertai FELDA United dan arkitek tengah Liridon Krasniqi.

Malah penyokong setia mereka juga seakan tidak berkecil hati selepas penyerang Shane Smeltz tidak disambung kontrak kerana penggantin­ya Ken Ilso memiliki rekod baik 30 gol dalam 41 perlawanan dengan kelab Singapura Home United musim lalu.

FELDA United pula satu-satunya pasukan pencabar terdekat Johor DT tahun lalu namun di hujung saingan mereka kehilangan momentum hingga merelakan lawan mereka selesa mengunggul­i liga dengan kelebihan 15 mata apabila mengumpul 58 mata keseluruha­n.

Kali ini mereka menggunaka­n sentuhan jurulatih Azmi Mohamed yang belum memiliki sebarang rekod kejuaraan besar sebagai pengendali bagi menggantik­an Irfan Bakti Abu Salim yang beralih angin ke Terengganu.

Apa yang menarik skuad The Fighters musim ini adalah kelibat pemain baru Wan Zack Haikal

Wan Noor, Fakhrul Aiman, Fazrul Hazli Kadri dan Norshahrul Idlan Talaha untuk memacu bahagian serangan.

Tidak seperti musim sebelum ini, Perak yang sekadar menduduki tangga keenam liga tahun lalu juga dilihat ghairah memburu kejuaraan.

Slogan ‘no star no hal’ yang menjadi sebutan

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Selangor (merah) dan Kedah pada final Piala Malaysia musim lalu.
AKSI Selangor (merah) dan Kedah pada final Piala Malaysia musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia