Harian Metro

SAINGAN MENARIK PEREBUTAN LIGA PERDANA

- Firdaushas­him@hmetro. com.my

Saingan Liga Perdana 2017 yang membuka tirainya semalam menjanjika­n saingan sengit daripada 12 pasukan bertanding biarpun ia sekadar divisyen dua selepas Liga Super.

Tidak dinafikan tumpuan seluruh peminat bola sepak tempatan pastinya terarah kepada saingan Liga Super, namun dengan kehadiran beberapa pasukan bertaraf negeri seperti Negeri Sembilan, Sabah serta kelab Johor Darul Ta’zim II (Johor DT II) tetap dilihat mencabar.

Malah kehadiran dua pasukan yang diturunkan pangkat ke saingan itu, Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghangat­kan perebutan dengan masing-masing bertekad mahu menamatkan kedudukan liga di tangga pertama dan kedua.

Bagi PDRM, kegagalan mereka menempatka­n diri dalam kelompok 10 pasukan terbaik Liga Super musim lalu akan dijadikan pengajaran berguna dengan pasukan menyasarka­n untuk kembali ke saingan elit itu musim depan.

Berbelanja dengan lebih berjimat dan mengikut kemampuan pasukan musim ini, pengendali The Cops,

Fauzi Pilus tetap berhati-hati dalam memilih pemain bagi melengkapk­an senarai penuh pasukannya musim ini.

Kamarul Hafi, Nazri Kamal dan Muhammad Al-Hafiz Hamzah penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) selain tonggak import Frederic Pooda dan Dao Bakary (kedua-duanya dari Ivory Coast) antara pemain yang berjaya dipancing skuad itu.

“Memang agak kecewa kami tidak dapat beraksi dalam Liga Super musim ini selepas menamatkan kedudukan di tangga terbawah sebelum ini.

“Namun kami tidak akan berhenti di sini dan saya percaya dengan persiapan awal bagi menghadapi

Liga Perdana kami mampu meletakkan pasukan kembali berada di liga utama musim depan.

“Bagaimanap­un, cabaran di Liga Perdana juga tidak kurang hebatnya dan saya harap barisan pemain akan berusaha mencapai keputusan positif dalan setiap aksi kami nanti,” katanya yang memburu dua posisi terbaik di Liga Perdana musim ini.

Terengganu yang pernah dilabel sebagai pencabar terkuat dalam Liga-M dengan trofi terakhir memenangi kejuaraan Piala FA 2011 serta muncul naib juara Piala Malaysia dan Liga Super pada musim sama antara pasukan pilihan yang bakal mengunggul­i saingan kali ini.

Malah, kepulangan semula bekas pengendali Irfan Bakti Abu Salim dari FELDA United pasti menambah keyakinan buat penyokong setia skuad Penyu yang mahukan perubahan dalam persembaha­n mereka.

“Selepas kehilangan beberapa pemain tonggak musim lalu yang meninggalk­an pasukan, fokus saya adalah memantapka­n kombinasi antara pemain.

“Dengan kehadiran pemain senior sedia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia