Harian Metro

Berubah demi suami

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Senyuman pasti menguntum di bibir Datin Ramziela Razillah, 52, apabila melihat semula koleksi gambar ketika aktif menyanyi pada era 90-an.

Masakan tidak, dia pernah mendapat jolokan artis paling seksi dan barangkali pernah menyanyi di kelab malam membuatkan dia tidak kekok tampil berani di atas pentas mahupun depan kamera.

Akui Ramziela, sebagai anak seni dia sudah melalui dan merasai segala-galanya. Berhibur di pusat hiburan dengan rakan sehingga dinihari bukanlah asing baginya.

“Ketika zaman gemilang sebagai penyanyi saya sudah puas menikmati kebebasan hidup, menyanyi di kelab malam di seluruh tanah air dan di Jepun, Taiwan, Bangkok serta Indonesia. Saya juga pernah membuat persembaha­n di London, Paris, Los Angeles dan New Zealand.

“Apabila bertemu jodoh dengan Datuk Dr Sallehuddi­n Kassim pada 16 September 1999, dia minta saya tinggalkan dunia seni dan tumpukan perhatian pada keluarga. Malah saya dilantik sebagai pengarah eksekutif di syarikat pembekal keselamata­n miliknya,

DSK Security Sdn Bhd. Saya terpaksa belajar melakukan kerja pejabat dan ketika itu jiwa saya memberonta­k.

“Bagi menghilang­kan kerinduan saya terhadap dunia nyanyian, suami menyediaka­n set karaoke di rumah. Masakan tidak rindu, lebih dua dekad saya menyanyi dan bermula pada usia 19 tahun. Menyanyi adalah ‘dunia’ saya namun atas permintaan suami dan azam untuk menjadi isteri yang baik, saya patuh,” katanya.

Lama-kelamaan Ramziela dapat menerima kehidupan baru itu malah kehadiran puterinya, Lily Nurlynna yang kini berusia 16 tahun, membuatkan dirinya leka dan semakin selesa.

“Apabila Lily masuk tadika, saya menghantar dan mengambiln­ya dari sekolah. Jadual harian saya padat dengan kerja di pejabat dan menguruska­n rumah tangga. Masa senggang, saya belajar mengaji dan tidak malu mengaku saya tidak pandai mengaji.

“Suamilah yang mendidik dan membimbing sehingga saya benar-benar berubah. Sekembalin­ya dari mengerjaka­n haji saya terus berhijab. Perasaan nak menyanyi seperti dulu sudah tiada lagi.

“Baru setahun dua ini saja Lily tahu saya dulunya penyanyi apabila ibu rakanrakan­nya bercerita. Dia seolah-olah tak percaya melihat gambar saya ketika muda dulu dan

Datin Ramziela

pernah digelar artis paling seksi

 ??  ?? KETIKA zaman kegemilang­an.
KETIKA zaman kegemilang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia