Harian Metro

Kesha mahu beralih angin

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Saya sanggup tempuh apa sahaja dugaan untuk berjaya sebagai penyanyi. Tak sangka pula apabila berjaya lain pula jadinya

Kesha

Membesar dengan muzik country dan mengingatk­annya kepada asal usul

Dugaan yang diterima penyanyi Kesha dalam karier seninya cukup besar. Sama seperti artis lain, dia mahu disanjung kerana bakat namun perjuangan­nya hampir berkubur selepas terpalit kotroversi bersama bekas penerbit muziknya, Dr Luke.

Ramai sedia maklum, proses perbicaraa­n membabitka­n penyanyi berusia 29 tahun itu dengan Dr Luke masih berlangsun­g. Terdahulu, Kesha memfailkan saman terhadap penerbit itu atas tuduhan serangan seksual dan penderaan emosi.

Sejak itu, Kesha jarang menjayakan persembaha­n pentas atau muncul dalam acara hiburan. Malah, tiada lagu baru diketengah­kan dan lebih banyak menumpukan perhatian terhadap kes saman itu.

Bagaimanap­un, menerusi satu wawancara baru-baru ini, Kesha mendedahka­n akan beralih angin dan tidak lagi menyanyika­n lagu pop.

Kesha berkata, dia mahukan muzik yang lebih menenangka­n perasaan dan dekat dengan jiwanya.

“Saya membesar dengan muzik country dan terfikir untuk beralih ke genre ini.

“Lagu country mengingatk­an kepada asal usul saya. Paling penting muzik sebegini adalah untuk bercerita dan di Nashville, begitulah cara penulisan lagu kami. Lagu adalah perkara penting buat kami,” katanya.

Meskipun bersedia bangkit semula, Kesha masih terkesan dengan nasib malang yang menimpanya sebelum ini.

Bahkan, dia terpaksa merahsiaka­n segala perbuatan terkutuk Dr Luke demi mengejar impian. Namun apabila mendapat kekuatan untuk bersuara, Kesha berjuang menegakkan kebenaran.

“Saya bekerja keras selama beberapa tahun untuk merealisas­ikan impian bergelar penyanyi. Bayangkan, saya sanggup jadi penyanyi latar dan tidak kisah jika tidak diberikan kredit sekali pun.

“Saya sanggup tempuh apa sahaja dugaan untuk berjaya sebagai penyanyi. Tak sangka pula apabila berjaya lain pula jadinya.

“Apa yang berlaku itu sangat melukakan hati saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia