Harian Metro

Tak perlu serba merah!

-

Salam deko. Tidak lama lagi masyarakat Cina bakal meraikan Tahun Baru Cina dan sudah tentu pelbagai persiapan dilakukan termasuk dekorasi. Mengikut kalendar lunar, tahun ini adalah tahun ayam jantan. Kita sedia maklum rata-rata hiasan untuk perayaan itu secara tradisinya menggunaka­n warna merah. Merah melambangk­an api yang menurut legenda masyarakat cina ia boleh menghindar­i nasib malang dan dikaitkan dengan nasib yang baik dan kebahagiaa­n.

Situasi itu mendorong ramai memakai pakaian merah, menulis puisi di atas kertas merah atau kraf hiasan merah diketengah­kan. Selalunya buah-buahan dan bunga-bungaan sering digunakan sebagai hiasan dengan makna tersendiri. Tahun Baru Cina, juga dikenali sebagai ‘Festival Spring’ yang menandakan permulaan musim bunga. Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk menghiasi rumah dengan bunga-bungaan mekar ,sekali gus melambangk­an kedatangan musim bunga dan tahun baru yang makmur.

Tumbuh-tumbuhan mekar yang paling popular pula digunakan secara tradisiona­l dalam tempoh ini termasuk bunga ‘plum, ‘orkid, ‘peonies,’ dan bunga ‘pic.’ Selain di Malaysia tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan juga sangat popular di Hong Kong dan Macau sebagai hiasan Tahun Baru Cina. Selain itu hiasan pokok limau di rumah juga melambangk­an kekayaan dan nasib baik. Bagi hiasan kediaman pula, rata-rata masyarakat cina pastinya memilih warna tema merah. Namun tahun ini jika anda inginkan sedikit kelaianan,

Hiasan rumah tema warna Tahun Baru Cina boleh juga disulami konsep minimalis

moden

apa kata gabungan kombinasi merah, merah jambu putih dan warna keemasan. Ia dilihat selari dengan gaya hidup masa kini.

Jadi hiasan dengan tema warna tahun baru cina boleh saja disulami dengan konsep minimalis moden bagi mereka yang kurang gemarkan sentuhan kediaman ala tradisi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapka­n Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat

yang merayakann­ya.

 ??  ?? DEKORASI selesa sempena Tahun Baru Cina.
DEKORASI selesa sempena Tahun Baru Cina.
 ??  ?? RUANG makan eksklusif untuk meraikan tetamu.
RUANG makan eksklusif untuk meraikan tetamu.
 ??  ?? KESELESAAN bersama keluarga dan tetamu di ruang tamu.
KESELESAAN bersama keluarga dan tetamu di ruang tamu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia