Harian Metro

Nafas baru ruang tamu

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Penataan kemas bukan saja wujudkan suasana selesa, tenang malah

buatkan pemilik rasa bangga

Memberi sentuhan baru dan berbeza terutama pada majlis keramaian atau perayaan tertentu mampu mewujudkan suasana segar pada ruang kediaman.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pemilik kediaman apabila menjelangn­ya musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, dekorasi diberi perhatian utama supaya tetamu selasa.

Dalam situasi itu, IKEA menyediaka­n penyelesai­an mudah bagi keperluan rumah tanpa menjejaska­n kualiti, bentuk dan kegunaanny­a. Lebih menarik, produk ditawarkan dengan harga berpatutan dan tahan lama.

1. Bekas penyimpana­n pintar di ruang kecil

Ruang tamu antara titik tumpu dalam kediaman kerana ia menjadi tempat untuk keluarga meluangkan masa dan berinterak­si selain menjadi ruang ideal menyambut tetamu.

Penataan yang kemas bukan saja mewujudkan suasana selesa dan menenangka­n malah berupaya membuatkan pemilik berasa bangga.

Pertimbang­kan penggunaan ruang di atas atau sekitar televisyen untuk menyimpan barangan yang mudah dicapai.

Rak penyimpana­n BESTA TV dari IKEA bukan saja memenuhi keperluan penyimpana­n pada ruang berkenaan malah menambah karakter pada dinding.

Kotak TJENA pula sesuai bagi menyimpan koleksi majalah, novel atau cakera padat sebagai langkah cepat dan mudah untuk ruang tamu kemas sekiranya kawasan sekitar televisyen sudah dipenuhi rak penyimpana­n.

Pamerkan koleksi barangan kegemaran dengan rak KALLAX. Rak yang didatangka­n dengan pelbagai saiz dan bentuk itu fleksibel bagi memenuhi cita rasa dan keperluan berbeza.

2. Tingkatkan suasana dengan tumbuhan hidup

Kajian menunjukka­n menjaga tumbuhan dapat membantu manusia menjadi lebih prihatin dan mempunyai hubungan yang baik.

Beri nafas baru pada ruang kediaman dengan meletakkan tumbuhan di ruang tamu dan ruang makan untuk mencipta suasana harmoni.

Tumbuhan juga sering dikaitkan perkara positif dan sering dirujuk sebagai pendorong keyakinan dan ketenangan jadi ia antara elemen tepat untuk diselitkan dalam tata rias.

Antara produk IKEA yang ditawarkan bagi mewujudkan suasana seumpama itu adalah ‘bamboo lotus plant,’ ‘kalanchoe potted plant’ dan ‘curly bamboo plant.’

3. Koleksi istimewa sempena Tahun Baru Cina

Rangkaian edisi terhad LYCKSALIG menampilka­n warna merah terang dilengkapi corak berani cetakan ‘cherry blossom’ pasti membawa ‘tuah’ pada kediaman.

Antara beberapa pilihan menarik dari koleksi berkenaan yang dapat menyerikan ruang makan adalah pinggan, mangkuk, teko, cawan, tuala tangan dan napkin.

Nasi daun teratai dihidangka­n di Restoran

IKEA sementara oren Mandarin boleh didapati di Markethall.

Pelbagai biskut perayaan turut ditawarkan sempena Tahun Baru Cina dan bagi yang berminat boleh dapatkan di IKEA Swedish Food Market.

IKEA turut menganjurk­an beberapa aktiviti sempena perayaan kali ini antaranya demonstras­i kaligrafi dan tarian singa akrobatik serta pelbagai tawaran menarik disediakan untuk ahli IKEA FAMILY.

 ??  ??
 ??  ?? KOLEKSI edisi terhad LYCKSALIG mengetenga­hkan warna bertuah iaitu warna merah dilengkapi corak
cetakan bunga ceri.
KOLEKSI edisi terhad LYCKSALIG mengetenga­hkan warna bertuah iaitu warna merah dilengkapi corak cetakan bunga ceri.
 ??  ?? NASI daun teratai antara hidangan istimewa sempena perayaan Tahun
Baru Cina turut disediakan.
NASI daun teratai antara hidangan istimewa sempena perayaan Tahun Baru Cina turut disediakan.
 ??  ?? TUMBUHAN bukan saja menambah seri pada ruang kediaman tapi turut menampilka­n aura positif pada ruang kediaman.
TUMBUHAN bukan saja menambah seri pada ruang kediaman tapi turut menampilka­n aura positif pada ruang kediaman.
 ??  ?? TANAMAN dalam pasu ‘kalanchoe’ menjadi pilihan dan sesuai dipadankan di ruang tamu mahupun ruang makan.
TANAMAN dalam pasu ‘kalanchoe’ menjadi pilihan dan sesuai dipadankan di ruang tamu mahupun ruang makan.
 ??  ?? TEKO edisi terhad daripada rangkaian koleksi LYCKSALIG sesuai dijadikan koleksi sempena musim perayaan.
TEKO edisi terhad daripada rangkaian koleksi LYCKSALIG sesuai dijadikan koleksi sempena musim perayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia