Harian Metro

MASJID KUBAH BERTANGKUP

- Rosman Shamsudin rencana@hmetro.com.my

Masjid Jamek Tanjung Malim berusia

117 tahun sarat seni bina Islam

Masjid Jamek Tanjung Malim dibina sejak tahun 1900 ini antara masjid tertua di daerah Muallim dan diubah suai pada 1932.

Biar pun mengalami pelbagai pengubahsu­aian mengikut keperluan semasa, keaslian seni bina masjid ini tetap terpelihar­a.

Malah, kedudukan menara masjid ini terletak di sebelah kiri masjid dan pembesar suara dipasang pada menara ini untuk memastikan laungan azan dapat berkumanda­ng di seluruh pekan ini.

Pada masa sama kubah masjid ini dikenali sebagai Kubah Bawang iaitu jenis kubah yang bertangkup kerana bergabung dengan bumbung apabila setiap penjuru bumbung diletakkan pembesar suara untuk laungan azan.

Pembinaan kubah kecil yang memenuhi segenap ruang dan sudut bumbung masjid ini tampak luar biasa walaupun berusia lebih seabad lalu.

Apatah lagi bumbung masjid ini diperbuat daripada logam tahan karat dan bebas kulat.

Apabila masuk ke dalam masjid itu anda pasti melihat seni bina Islam masih kekal dengan setiap binaan konkrit yang terdapat dalamnya menampilka­n ciriciri sama.

Ruang serambi yang luas pula memberi keselesaan kepada pengunjung untuk beribadat dan berehat seketika selain penggunaan cat putih menjadikan suasana dalamannya segar serta memenangka­n.

Berdiri pula di tengah serambi, pengunjung boleh melihat secara terus mihrab iaitu sebuah ceruk di dinding masjid yang menunjukka­n arah kiblat diperbuat daripada batu bata dan dicat putih.

Ia menampilka­n ukiran petak pada dinding dan dilengkapi tiga tingkap untuk pencahayaa­n masuk ke dalam masjid.

Binaan lengkungan konkrit yang sungguh teliti seperti menara masjid pada bahagian tepi sangat kemas di samping terdapat lubang kecil berbunga pada keliling bahagian atas bumbung juga mempamerka­n seni bina Islam.

Bahagian dalam masjid pula dikeliling­i pintu yang menegak dan pada bahagian atas berbentuk bulat seperti jaring dilengkapi cermin berwarna selain dinding masjid juga menambahka­n keunikan kerana mempunyai ukiran berpetak.

Pada bahagian dalam masjid pula terdapat enam

 ??  ?? Diubahsuai pada 1932
Diubahsuai pada 1932
 ??  ??
 ??  ?? MASJID Jamek Tanjung Malim dilihat dari jejantas di pekan itu.
MASJID Jamek Tanjung Malim dilihat dari jejantas di pekan itu.
 ??  ?? PINTU masuk di bahagian kanan masjid.
PINTU masuk di bahagian kanan masjid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia