Harian Metro

Sedap mata memandang

- Mohd Amin Jalil rencana@hmetro.com.my

Dekorasi taman unik pasangan Orang Asli

buat kediaman tampak berbeza

Hasrat menonjolka­n laman indah yang unik dan nyaman mendorong Mohd Khairul Anuar Abu Khamis, 33, membina landskap menarik di kediamanny­a, di Kampung Orang Asli Tekir Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

Biarpun berhadapan pelbagai kekangan, beliau bertekad untuk menjadikan kediamanny­a itu berbeza daripada kediaman orang lain.

Beliau menyedari keselesaan dan ketenangan bukan sekadar wang ringgit, tapi penataan landskap dan dekorasi sedap mata memandang dapat memberi kepuasan kepada setiap penghuniny­a.

Baginya, rumah kampung di perkampung­an Orang Asli juga boleh diserlahka­n taman dan dekorasiny­a yang semuanya bergantung kepada cita rasa seisi keluarga.

Bermula dengan penggunaan beberapa bahan terpakai seperti botol plastik, tin kosong dan pasu bunga sejak menetap di situ lapan tahun lalu, kakitangan Jabatan Kemajuan Orang

Asli (JAKOA) Jempol itu terus mengorak langkah membina taman dekorasi unik untuk kediamanny­a itu.

“Bermula dengan binaan landskap di laman rumah ini secara berperingk­at iaitu menanam beberapa pokok bunga menggunaka­n pasu selain membentuk keindahan persekitar­an berlatarka­n bahan terpakai yang mudah didapati.

“Pada masa sama saya berusaha mempelajar­i kaedah membentuk pokok bonsai untuk mencantikk­an lagi keindahan laman.

“Ia lebih menjimatka­n berbanding mengupah orang lain untuk melakukann­ya yang sudah tentu memerlukan kos tinggi. Jadi lebih baik lakukannya sendiri,” kata Mohd Khairul Anuar.

Mohd Khairul Anuar dari suku Jakon dibantu isterinya, Emelia Shakina Ramle, 30, dari suku Temuan, menggunaka­n kreativiti tersendiri selain panduan daripada akhbar dan majalah.

Bapa dua anak berusia tiga dan tujuh tahun itu berkata, beliau berusaha mendapatka­n pelbagai jenis bunga sesuai untuk ditanam dalam pasu selain kaktus dan pinang yang melatari sebahagian laman.

“Saya membentuk sendiri pokok bonsai kerana ia mudah dan menarik. Selain itu, banyak pokok bunga yang saya tanam dalam pasu kerana ia mudah dijaga, tapi susun aturnya harus kemas bagi menampilka­n kelainan,” katanya.

Di kawasan laman, terdapat sebuah kolam pancuran mini dan kerusi santai daripada bahan terpakai yang menjadi pelengkap penataan. Biarpun tampil sederhana, ketenangan dan keindahann­ya tetap terserlah.

Mohd Khairul Anuar juga tidak membiarkan dekorasi kediamanny­a begitu saja sebaliknya sentuhan idea di ruang tamu dan bahagian tengah diserlahka­n seindahnya.

Beliau memilih sofa gelap di ruang tamu bagi menampilka­n keunggulan­nya dan disesuaika­n pula dengan kertas dinding serta langsir biru cerah bagi memberi gambaran alam semula jadi.

Sementara di ruang tamu kedua tampil ringkas dengan sofa gelap, ruang makan berlatarka­n kertas dinding coklat bercorak batu yang jelas teksturnya apabila disentuh serta turut menyaksika­n set kerusi jati serba ringkas.

Setiap ruang juga tidak dibiarkan kosong sebaliknya pasu bunga besar antara hiasannya.

“Gabungan dua warna itu menampakka­n gaya moden dan aliran masa kini, sekali gus menyerlahk­an konsep kontempora­ri.

“Bagi membangkit­kan suasana romantik, saya selesa dengan pencahayaa­n yang samar. Selain itu langsir putih yang mewarnai ruang tamu dan di seluruh rumah ini dipilih khas bagi menampakka­n keunikanny­a,” katanya.

Emelia Shakina yang juga kakitangan kerajaan di Seremban berkata, kekemasan perlu sentiasa diutamakan kerana ia antara elemen penting dalam menjadi terapi ketenangan diri dan keluarga terutama setiap kali pulang dari kerja.

Menurutnya, perancanga­n teliti untuk setiap dekorasi menjadikan sesebuah ruang itu sedap mata memandang dan memberikan seribu kepuasan.

“Saya inginkan kelainan bagi menampakka­n penataan yang unik dan suasana masa kini menerusi adunan warna latar berbeza.

“Kami bercadang untuk menambah lagi keindahan termasuk mewujudkan wakaf di laman pada masa depan,” katanya.

Lebih membanggak­an kediaman pasangan itu muncul naib johan Pertanding­an Rumah Sempurna Peringkat Perkampung­an Orang Asli Negeri Sembilan 2016, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta sijil.

Pertanding­an anjuran JAKOA, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pertubuhan Kebajikan

Islam Malaysia (Perkim) Negeri Sembilan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) itu bertujuan menyemai sikap sukakan kebersihan dan keindahan. Selain menggalakk­an masyarakat Orang Asli mewujudkan suasana segar dan bersih di kediaman masingmasi­ng.

 ??  ?? POKOK herba yang turut menghiasi sudut tepi laman.
POKOK herba yang turut menghiasi sudut tepi laman.
 ??  ?? SET kerusi santai daripada bahan terpakai.
SET kerusi santai daripada bahan terpakai.
 ??  ?? KOLAM air berpancura­n yang melengkapk­an penataan laman.
KOLAM air berpancura­n yang melengkapk­an penataan laman.
 ??  ?? RUANG tamu kedua tidak kurang menariknya.
RUANG tamu kedua tidak kurang menariknya.
 ??  ?? MOHD Khairul
MOHD Khairul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia