Harian Metro

Tahan lasak, tak mudah lusuh

-

Koleksi beg tangan

ilham Rus Qiyah setanding jenama

antarabang­sa

secara atas talian dengan menjual barangan seperti aksesori, kasut dan beg tangan asli dan berjenama antarabang­sa seperti Coach, Michael Kors dan Kate Spade.

“Kemudian pada

2014, saya mula memperkena­lkan beg tangan kulit yang diimport dari Eropah dan melihat sambutan yang memberangs­angkan daripada penggemar beg tangan di Malaysia, saya cuba menjinakka­n diri dalam seni pembuatan beg tangan kulit dan jenama Rosbelle Fashion mula ditubuhkan,” katanya.

Menurutnya, setiap rekaan beg tangan kulit dari Rosbelle Fashion adalah ringkas dan feminin namun masih dapat membuat wanita yang memakainya tampil elegan dan anggun.

“Rosbelle Fashion memperkena­lkan koleksi Rosbelle Lilies Convertibl­e Crossbody yang sesuai digayakan tidak kira pada waktu siang atau malam.

“Saiznya yang tidak terlalu kecil atau besar dan dipadankan dengan juntaian aksesori membuatkan koleksi beg tangan ini kelihatan eksklusif dan seiring perkembang­an fesyen,” ujarnya.

Tambah Rus Qiyah, beg tangan dalam koleksi ini boleh digayakan dengan empat cara berbeza. Ia tidak berat, selesa dan mudah digayakan kerana rekaannya yang ringkas dan mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian.

“Ia juga didatangka­n dalam empat warna pilihan menarik iaitu coklat gelap, ungu lavender, salmon dan merah.

“Penggunaan material kulit Itali yang juga kulit asli berkualiti tinggi menjadi satu lagi keistimewa­annya. Ia tahan lasak, tidak mudah rosak dan lusuh walaupun digunakan setiap hari. Ini adalah ciri yang kita cari dalam memilih beg tangan terbaik,” katanya.

Rus Qiyah berkata, beg tangan Rosbelle Fashion dijahit secara manual. Malah dia turut menghantar lakaran rekaannya ke pakar beg kulit di Romania untuk mendapatka­n hasil terbaik.

“Harga beg tangan kami bermula daripada RM290 dan ke atas manakala untuk beg tangan Rosbelle Lilies Convertibl­e Crossbody boleh didapati dengan harga RM700.

“Koleksi ini sesuai digayakan sesiapa sahaja yang gemarkan gaya ringkas dan elegan,” ujarnya.

 ??  ?? MENGGUNAKA­N material kulit asli.
MENGGUNAKA­N material kulit asli.
 ??  ?? DIDATANGKA­N dalam empat warna pilihan menarik.
DIDATANGKA­N dalam empat warna pilihan menarik.
 ??  ?? DIREKA dalam rekaan ringkas namun tetap anggun.
DIREKA dalam rekaan ringkas namun tetap anggun.
 ??  ?? BEG tangan menarik.
BEG tangan menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia