Harian Metro

Gelang tangan unik dengan tema, maksud tersendiri

-

Setiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan yang berbeza namun semua orang berkongsi perkara sama iaitu menyimpan azam untuk berjaya selain mengidamka­n masa depan yang cerah.

Sempena permulaan 2017 ini, serlahkan azam dan impian dengan aneka set gelang tangan koleksi Impian dan Inspirasi (Dreams and Aspiration­s) dibawa khas Guardian Malaysia.

Dengan menggunaka­n batu kristal Swarovski, set gelang tangan ini cantik bersinar seperti sinaran cahaya impian setiap individu.

Pengarah Pemasaran Guardian Health & Beauty Sdn Bhd Christina Low berkata, gelang tangan dari Guardian Malaysia itu direka khusus untuk semua wanita yang mempunyai impian tersendiri.

“Ceritakan impian dan cita-cita anda menerusi set gelang tangan dan setiap rekaan mempunyai maksud yang tersendiri.

“Kami mahu memberikan kebebasan kepada setiap wanita untuk bercerita mengenai inspirasi dan aspirasi mereka menerusi gelang tangan ini,” katanya.

Menurutnya, terdapat 10 rekaan unik yang membawa tema dan maksud tersendiri antaranya untuk individu periang, batu kristal Swarovski jenis Light

Siam sesuai digunakan manakala bagi mereka yang mementingk­an nilai kekeluarga­an lebih sesuai memilih rekaan dilengkapi Swarovski Darling Peridot.

“Semua idea untuk rekaan ini adalah daripada Guardian Malaysia yang memberi tumpuan kepada aspek kelembutan dan periang si pemakai.

“Selain untuk individu Riang (Carefree) dan Keluarga (Family), anda juga boleh memilih rekaan penggemar fesyen terkini (Fashionist­a), Stailista (Style), Kesihatan (Health), Rumah (Home), Cabaran (Adventure), Persahabat­an (Friendship), Bergaya (Trendy) dan Hadiah (Presents),” ujarnya.

Tambahnya, dengan hanya RM12.90, setiap pelanggan akan menerima charm Tuah (Lucky) berbentuk empat kelopak daun yang membawa maksud tuah untuk pemakai.

“Untuk melengkapk­an gelang tangan ini, pelanggan perlu membuat pembelian barangan lain terlebih dulu. Bagi setiap barangan bernilai RM30, pelanggan boleh

 ??  ?? KOLEKSI gelang tangan Impian dan Inspirasi ‘Dreams and Aspiration­s’.
KOLEKSI gelang tangan Impian dan Inspirasi ‘Dreams and Aspiration­s’.
 ??  ?? PENGARAH Pemasaran Guardian Health & Beauty Sdn Bhd Christina Low (tengah) bersama tetamu terhormat ketika pelancaran koleksi gelang tangan dibawa khas Guardian Malaysia.
PENGARAH Pemasaran Guardian Health & Beauty Sdn Bhd Christina Low (tengah) bersama tetamu terhormat ketika pelancaran koleksi gelang tangan dibawa khas Guardian Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia