Harian Metro

Cuba dulu baru beli

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Apabila ternampak saja pakaian cantik yang berkenan di hati tentu anda membuat keputusan tergesa-gesa untuk memilikiny­a tanpa berfikir panjang .

Malah, ada sesetengah orang tidak ambil peduli sekiranya baju yang dipilih itu tidak muat atau bukan saiz sebenar anda. Asalkan cantik dan dapat dibeli, sudah memadai dan memberikan kepuasan.

Tetapi, perlu jaga-jaga, takut kesudahann­ya anda menyesal kerana berhabis duit demi sehelai pakaian yang tidak sepatutnya dibeli. Mari teliti tujuh perkara di bawah ini sebelum mengambil keputusan untuk memilih pakaian baru.

1. Saiz yang betul

Sebaiknya sebelum anda membeli pakaian, cuba memakainya dahulu. Tidak semua baju yang cantik itu selesa dipakai. Ada baju yang hanya cantik di badan patung, bukan di badan kita kerana bentuk tubuh semua orang berbeza. Jadi, sebelum membazir, pastikan dulu adakah ia berbaloi untuk dibeli atau sebaliknya.

2. Warna yang sesuai

Pemilihan warna juga penting. Anda perlu berfikir sejenak adakah warna baju yang cantik itu sesuai dengan kulit anda? Adakah warna itu boleh dipadankan dengan koleksi kasut sedia ada? Atau anda perlu membeli kasut baru hanya kerana baju itu?

Adakah ia sesuai dengan warna tudung dan sebagainya. Perkara ini penting kerana anda boleh gayakan pakaian baru itu pada bila-bila masa dan di mana saja asalkan ia bersesuaia­n.

3. Jenis material

Jika anda seorang yang kuat berpeluh, seeloknya anda lihat dan teliti betulbetul kualiti serta jenis kain yang digunakan. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya.

Bukan apa takut-takut jenis kain itu tidak sesuai dengan anda dan akan menyebabka­n bau badan yang kuat. Jangan nanti siasia saja anda melawa kalau baju mudah menyerap bau!

4. Tidak koyak

Adakalanya malang tidak berbau. Periksa dengan teliti baju yang hendak dibeli terutama jahitannya. Siapa yang akan perasan kalau baju atau seluar yang anda beli itu berlubang atau terkoyak? Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya. Kalau kedai berkenaan dekat dengan rumah, ia boleh ditukar dengan pakaian lain.

Kalau jauh, tentu saja akan menyusahka­n anda.

5. Zip berfungsi

Anda juga harus memastikan zip (jika ada) berfungsi dengan baik atau tidak. Mana tahu sedang anda berbangga dengan baju baru ada pula insiden yang memalukan berlaku. Kalau zip ada masalah, boleh jadi ia akan menampakka­n bahagian yang tidak sepatutnya.

6. Tidak keterlalua­n

Pastikan terlebih dulu fesyen yang anda pilih itu tidak keterlalua­n yang akhirnya membuatkan anda sendiri segan untuk menggayaka­nnya di khalayak. Biar ringkas namun memberikan keselesaan maksimum ketika digayakan.

7. Sesuai dengan diri dan gaya

Tidak semestinya pakaian yang cantik pada individu lain sesuai disarungka­n di tubuh anda. Kenali bentuk badan anda sebelum membeli pakaian. Jangan beli hanya kerana ia fesyen terkini. Setiap individu itu mempunyai gaya tersendiri dan paling penting jangan menjadi hamba fesyen dan terlalu mengikut orang lain.

 ??  ?? TELITI beberapa perkara sebelum membeli pakaian baru.
TELITI beberapa perkara sebelum membeli pakaian baru.
 ??  ?? BERFESYEN biar berpada-pada.
BERFESYEN biar berpada-pada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia