Harian Metro

'AYAH, AMPUNI SAYA...'

> "Saya menyesal sebab kecewakan ayah. Saya dipenjara kerana rasuah dan inilah balasan yang diterima kerana menjadi hamba duit." kata kasim, bekas penjawat awarm yang kini meringkuk lima tahun dalam penjara. Menurutnya, dia mula mengambil sogokan enam tah

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

Penjawat awam bergaji RM2,000 makan suap lebih RM3,000 sebulan

Kajang

Mahu hidup bergaya dan membeli hadiah mewah untuk orang tersayang walaupun gaji diterima sudah mencukupi antara alasan kenapa penjawat awam sanggup mengambil rasuah.

Bagaimanap­un, bahana rasuah dibayar ‘tunai’ apabila wang haram diterima sentiasa cepat habis tanpa sedar dan pastinya bak kata pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’, pelaku perbuatan keji itu tidak selama-lamanya terlepas.

Apabila tertangkap, bukan diri sendiri saja terpaksa menanggung malu dan berdepan hukuman, malah keluarga turut terpaksa menebal muka berdepan dengan masyarakat.

Wartawan Harian Metro berkesempa­tan menemubual pesalah sabitan rasuah, Kasim, 32, dan Ravi, 40, (kedua-duanya bukan nama sebenar) yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang yang diharap menjadi pengajaran buat semua.

Kes 1

Kasim (penjawat awam)

“Ketika ini saya teringatka­n arwah ayah. Amat sedih mengenangk­an ketika mendapat berita saya ditahan SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah

Malaysia), dia sanggup datang malam itu juga dari Perlis menaiki bas.

Saya menyesal sebab kecewakan ayah. Saya dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 21 Julai 2016 kerana mengambil rasuah dan inilah balasan yang diterima kerana menjadi hamba duit.

Saya mula terjebak dengan rasuah ketika baru sebulan menggalas tugas sebagai penjawat awam enam tahun lalu.

Ketika itu saya diberi tugasan berkaitan dokumen kerajaan.

Pada mulanya saya lihat rakan sekerja terima wang menyebabka­n saya terpengaru­h sebelum mengikut jejak mereka.

Ketika itu gaji saya tidak sampai RM2,000 dan ia antara faktor mendorong saya sanggup mengambil rasuah.

Saya juga baru berkahwin dan perlukan wang lebih. Oleh itu, saya ambil ‘upah’ daripada ejen yang bawa warga asing.

Kadangkala dokumen mereka ada masalah tetapi saya lepaskan.

Setiap bulan hasil perbuatan keji itu, saya dapat lebih RM3,000. Boleh dikatakan setiap hari saya ambil duit daripada mereka tetapi tidak semua yang saya ‘pau’ kerana risau ‘kantoi’.

Sekali-sekala saya dapat habuan besar sehingga RM1,000 sehari. Isteri tidak tahu wang lebih yang saya peroleh adalah daripada sumber haram kerana saya beritahu saya buat OT (kerja lebih masa).

Saya hanya memiliki motosikal dan tidak membeli kereta dan rumah namun wang itu dihabiskan untuk perbelanja­an harian dan beli barang kelengkapa­n rumah.

Saya juga guna wang haram itu untuk membeli hadiah kepada isteri tetapi saya malu dengan perbuatan itu sebab saya guna wang haram.

Ketika ditahan di pejabat oleh SPRM pada 2010, malunya bukan kepalang. Ketika itu kecoh satu pejabat apabila saya dan tujuh rakan lain ditahan kerana terbabit dengan rasuah.

Saya direman SPRM tujuh hari di Putrajaya. Pada ketika itu, isteri memaklumka­n kepada arwah ayah dan dia terus beli tiket bas ke Kuala Lumpur.

Arwah ayah sanggup menunggu sehingga saya tamat reman. Saya risau dan ibu maklumkan kepada saya, ayah sangat kecewa dengan tindakan saya tambahan pula saya anak sulung.

Ada dua adik lagi yang masih belajar, ibu di kampung, isteri bekerja untuk menjaga dua anak saya. Saya pula dalam penjara. Saya menyesal kerana tidak dapat laksanakan tanggungja­wab sebagai anak, abang, suami dan bapa.

Ayah pernah cakap, selepas saya dibebaskan dia mahu bawa saya ke Makkah untuk tunaikan umrah, tetapi hasratnya tidak kesampaian kerana dia meninggal dunia pada 2015 lalu.

Hari pertama di penjara, saya seperti tidak percaya berada di situ.

Jika dahulu, saya selalu tangkap orang, kini saya pula yang masuk ‘ke dalam’ untuk enam tahun.

Setiap hari saya menanti kunjungan isteri dan dua anak berusia 12 bulan dan enam tahun.

Sebelum ini, isteri janji nak bagi gambar dia dan anak untuk lepas rindu tetapi sudah lama isteri tidak datang melawat tetapi saya faham mungkin dia sibuk.

Selepas lama di penjara, saya sudah boleh membiasaka­n diri. Banyak program disediakan di penjara yang membantu saya.

Di sini (penjara) mereka (kakitangan penjara) memberikan saya semangat baru untuk berubah sebelum dibebaskan pada 2019 nanti.

Sesi kaunseling dan terapi yang diberikan membuatkan saya menyesali perbuatan yang dilakukan.”

 ??  ??
 ?? Kasim ??
Kasim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia