Harian Metro

KEPALA KOYAK DICAMPAK

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kejam tidak berhati perut! Itu tindakan seorang pembantu taska yang dikesan mencampakk­an seorang bayi lelaki hingga menyebabka­n kepala mangsa terkoyak.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi, 15 November tahun lalu ketika mangsa dihantar untuk dijaga di sebuah taska di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, di sini.

Kejadian itu menyebabka­n bayi berusia tujuh bulan itu terpaksa menerima jahitan di kepala kesan daripada tindakan tidak bertanggun­gjawab suspek.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kejadian itu disedari ibu bapa mangsa sebaik mendapati kepala bayi mereka luka ketika berada di bawah jagaan pekerja taska berkenaan.

“Berdasarka­n keterangan ibu bapa mangsa, pembantu taska itu dikenali sebagai Rohana Mustafa, 25, berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Dia dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada bayi itu.

“Wanita terbabit dikatakan mencampakk­an bayi itu ke atas tilam nipis menyebabka­n bayi berkenaan menggelong­sor lalu terkena pada bucu dinding sebuah bilik di taska berkenaan. Kejadian itu menyebabka­n bayi lelaki berkenaan luka di kepala dan menerima tujuh jahitan di Hospital Putrajaya.

“Tindakan wanita terbabit turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV), namun rakaman itu dipadam pemilik taska berkenaan,” katanya yang memaklumka­n mangsa membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan, di sini.

Megat berkata, pada mulanya, ibu bapa mangsa mengadakan perbincang­an dengan pemilik taska itu untuk menyelesai­kan masalah berkenaan, namun tiada kata putus dipersetuj­ui kedua-dua pihak.

“Permintaan ibu bapa mangsa mendapatka­n rakaman CCTV itu ditolak pemilik taska menyebabka­n mereka membuat laporan polis.

“Pada masa sama, pemilik taska itu juga memecat wanita itu yang dipercayai melarikan diri ke kampung halamannya di Tanah Merah,” katanya.

Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya melaporkan perkara itu kepada polis.

„ Kepala bayi tujuh bulan terkoyak dipercayai dicampak pembantu taska

 ??  ??
 ??  ?? BAYI lelaki berusia tujuh bulan yang luka di dahi.
BAYI lelaki berusia tujuh bulan yang luka di dahi.
 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK yang dicari polis.
SUSPEK yang dicari polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia