Harian Metro

JUTAWAN KOSMETIK MAYAT

Pengimport krim kecantikan berbahaya dari Korea, China kilang semula produk sebelum edar di pasaran tempatan dengan pelbagai jenama

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin am@hmetro.com.my

Aduan demi aduan berhubung kerosakan wajah akibat penggunaan ‘krim putih mayat’ membongkar kegiatan sebuah syarikat menyeludup besar-besaran krim berbahaya itu dari

Korea Selatan dan China.

Pemilik syarikat terletak di Jalan Klang Lama di sini, dipercayai sudah menjadi jutawan berikutan beroperasi sejak sekian lama sebagai pembekal kosmetik ‘maut’ itu kepada syarikat tempatan.

Hasil serbuan kelmarin, empat tong dram krim pemutih kulit seberat 25 kilogram setiap satu dirampas selain pelbagai produk kosmetik haram bernilai RM2 juta.

Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Dr Zainudin Abdul Wahab berkata, tindakan serbuan dilakukan 22 Pegawai Penguatkua­sa Farmasi Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur jam 12 tengah hari semalam.

“Siasatan mendapati syarikat itu menggunaka­n modus operandi dengan menjual produk dilarang itu secara atas talian, runcit atau pukal.

“Risikan kes itu dilakukan sejak dua bulan lalu sebelum pejabat dan sembilan stor premis milik lelaki itu diserbu serentak. Hasilnya pegawai CPF yang menjalanka­n siasatan menemui empat tong dram seberat 25 kilogram setiap satu berisi krim pemutih kulit tidak berdaftar.

Menurutnya, pihak BPF percaya pemilik syarikat berusia 50-an itu mengaut keuntungan besar hasil penjualan produk kosmetik diseludup dari luar negara itu.

“Kebiasaann­ya pelanggan dalam kalangan peniaga tempatan akan membuat tempahan kuantiti produk yang dimahukan terlebih dahulu.

“Pemilik syarikat itu kemudian akan mengilangk­an produk kosmetik berisi krim berbahaya itu sebelum diserahkan kepada pelanggan untuk edaran menggunaka­n pelbagai jenama,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 7(1) (a) Peraturan-Peraturan

Kawalan Dadah dan

Kosmetik 1984 kerana memiliki keluaran tidak berdaftar dan Peraturan

18(A) (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan

Kosmetik 1984 kerana memiliki kosmetik tidak diluluskan.

“Kedua-dua kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi syarikat, hukuman adalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda tidak melebihi RM50,000,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan bagi memerangi pengedar produk kosmetik mengandung­i racun berjadual antaranya merkuri, hidroquino­ne, raksa dan pelbagai kimia berbahaya lain .

“Kebanyakan kosmetik ini yang menjanjika­n kulit menjadi putih dalam tempoh pantas sebaliknya menyebabka­n si pemakai mengalami kerosakan teruk muka.

“Pihak KKM sememangny­a komited dalam membentera­s kosmetik berbahaya dan tidak berdaftar ini melalui pelbagai risikan dan serbuan dilakukan di seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? KRIM belum diproses ditemui dalam gudang di Jalan Klang Lama. PEMILIK akan mengilang semula sebelum dihantar kepada pengguna.
KRIM belum diproses ditemui dalam gudang di Jalan Klang Lama. PEMILIK akan mengilang semula sebelum dihantar kepada pengguna.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia