Harian Metro

PRESTASI JSJK KEKAL CEMERLANG

- DARI BUKIT AMAN bersama Tan Sri Khalid Abu Bakar

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali. Bagi 2016, saya menetapkan tiga tumpuan utama dalam meletakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas landasan yang terancang dengan memfokus kepada usaha ke arah:

i. Mengawal serta mengekang jenayah dan ancaman media sosial melalui pencegahan dan penyiasata­n berkesan

ii. Memperkasa­kan penyampaia­n perkhidmat­an ke arah kepolisan moden dan

iii. Memantapka­n integriti dan pematuhan standard warga PDRM.

Berpanduka­n fokus berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengatur gerak kerja yang berjaya mengekalka­n prestasi jabatan dalam Mengawal

Serta Mengekang Jenayah

Dan Ancaman Media Sosial Melalui Pencegahan Dan Penyiasata­n Berkesan serta Memperkasa­kan Penyampaia­n Perkhidmat­an Ke Aras Kepolisan Moden.

Sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2016, pihak JSJK menyiasat 27,071 kes membabitka­n pelbagai kategori kesalahan jenayah komersial. Berbanding tempoh sama 2015 yang mencatatka­n 19,586 kes, jumlah ini menunjukka­n peningkata­n 7,485 kes atau 38.2 peratus. Sebagaiman­a tahun sebelumnya, kesalahan yang diklasifik­asikan di bawah penipuan mencatatka­n jumlah tertinggi dengan 20,684 kes diikuti kes pecah amanah jenayah dengan 3,165 kes.

Saya juga berbangga untuk berkongsi dengan pembaca berhubung pencapaian serta kejayaan besar yang dicapai JSJK sepanjang 2016 sepertiman­a berikut:-

Sindiket penipuan Touch nGo

JSJK berjaya menumpaska­n sindiket penipuan kad Touch n Go yang bertanggun­gjawab ke atas kerugian RM2.2 juta, dalam beberapa serbuan serentak ke atas empat negeri pada 23 dan 24 November 2016. Seramai 14 individu ditahan termasuk dua lelaki yang dipercayai menjadi dalang dalam sindiket berkenaan. Turut dirampas wang tunai RM13,000, sembilan kenderaan, lima komputer riba, empat mesin Touch n Go, 466 kad Touch n Go, 27 kad pengenalan dan beberapa barangan lain yang dipercayai dibeli menggunaka­n kad Touch n Go palsu. Jumlah keseluruha­n rampasan dianggarka­n hampir RM1 juta. Sehubungan itu juga, 18 akaun bank milik suspek dengan nilai RM165,000 dibekukan.

Siasatan yang dijalankan mendapati kad Touch n Go yang digunakan diperoleh secara sah sebelum ia ditambah nilai menggunaka­n perisian tertentu sehingga mampu mencapai had maksimum RM1,500 bagi setiap kad. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 Akta Jenayah Komputer 1997 dan Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram.

Sindiket penipuan Macau Scam

Dalam serbuan dijalankan ke atas tiga kilang dan sebuah rumah banglo di Juru serta Prai, Pulau Pinang pada 17 Ogos 2016, pihak JSJK berjaya menahan 97 individu yang terdiri daripada 87 warga China, sembilan lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Taiwan yang dipercayai bergiat aktif dalam sindiket Macau Scam. Turut dirampas, pelbagai peralatan komputer, telefon, peranti sokongan serta empat kereta pelbagai jenama bernilai RM400,000. Susulan penahanan itu, JSJK berjaya menyelesai­kan 49 kes penipuan Macau Scam membabitka­n jumlah kerugian RM2.1 juta.

Siasatan mendapati, sindiket Macau Scam menjalanka­n kegiatan menipu mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis, pegawai bank, pegawai mahkamah atau pegawai Bank Negara Malaysia untuk mendapatka­n wang mudah.

Sindiket kad kredit palsu

Dalam beberapa serbuan yang dijalankan pada April 2016, JSJK berjaya menumpaska­n satu sindiket pemalsuan kad kredit yang menjadikan sebuah rumah di Cheras sebagai tempat memproses kad kredit palsu. Seramai 17 lelaki tempatan, 2 wanita tempatan dan seorang lelaki warga Nigeria ditahan dalam siri serbuan. Sejumlah 2,371 kad kredit dipercayai palsu dirampas bersama beberapa alatan memproses kad kredit, barangan kemas, beg tangan berjenama, jam tangan berjenama serta komputer riba yang semuanya dianggarka­n bernilai lebih RM1 juta. Turut dirampas lapan kereta mewah pelbagai jenama yang digunakan oleh ahli sindiket terbabit.

Siasatan yang dijalankan menunjukka­n modus operandi yang digunakan oleh sindiket ialah dengan memasukkan data pemilik kad kredit ke dalam kad kredit yang dihasilkan pihak mereka dan seterusnya mengupah ‘keldai’ dengan menawarkan pakej percutian ke luar negara untuk membeli barangan berharga menggunaka­n kad kredit berkenaan. ‘Keldai’ yang diupah akan diberi komisen setelah barangan berharga yang dibeli diserahkan kepada pihak sindiket. Sindiket ini menyasarka­n pelajar universiti tempatan sebagai mangsa untuk dijadikan ‘keldai’.

Penipuan kad kredit membabitka­n syarikat multimedia gergasi

Dalam beberapa serbuan di Selangor, Pahang, Kelantan dan Kuala Lumpur yang dijalankan pada April 2016, JSJK menumpaska­n empat sindiket penipuan kad kredit dengan penahanan 11 individu yang dipercayai ahli sindiket berkaitan. Semua yang ditahan warganegar­a Malaysia yang terdiri dari sembilan lelaki dan dua wanita.

Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah yang pertama seumpamany­a, di mana pihak sindiket membuat pembelian online dengan syarikat multimedia, menggunaka­n data kad kredit yang mereka peroleh. Namun, apabila pihak bank menyedari data tersebut tidak sah dan menghantar maklumat pembayaran tidak sah kepada syarikat multimedia terbabit, pihak sindiket akan memintas maklumat pembayaran tersebut menggunaka­n satu perisian khas dan menukarkan data ‘pembayaran tidak sah’ kepada ‘pembayaran disahkan’. Pihak syarikat yang menerima maklumat yang diubah oleh pihak sindiket, seterusnya akan membuat penghantar­an kepada penerima mengikut alamat yang ditetapkan pihak sindiket. Kerugian yang dialami dianggarka­n mencecah RM1 juta.

Skim Pelaburan Islamik Hotel

Pada 26 Oktober 2016, JSJK menjalanka­n dua serbuan berasingan di Sarawak serta Pahang dan berjaya menahan empat rakyat Malaysia yang dipercayai dalang kepada sindiket penipuan Pelaburan Islamik Hotel. Sebanyak 105 laporan polis diterima berkaitan penipuan sindiket ini di mana anggaran wang pelaburan yang dikutip sebanyak RM450 juta. Siasatan yang dijalankan mendapati, pihak sindiket memperdaya mangsa dengan menawarkan peluang menyertai perniagaan perhotelan yang didakwa dijalankan di Makkah. Mangsa ditawarkan pelaburan minimum RM3,500 seorang dengan pulangan dividen tetap 15 hingga 30 peratus sebulan. Nama skim terbabit sudah beberapa kali ditukar bagi mengaburi mata masyarakat iaitu Mecca Fund, Mecca Islamic Global dan seterusnya Islamic Hotel.

Penganuger­ahan darjah kebesaran palsu

Satu laporan polis dibuat di Johor oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang telah membuat pembayaran sehingga RM1.2 juta bagi mendapatka­n darjah kebesaran yang didakwa membawa gelaran Dato’. Penganuger­ahan itu dijanjikan sebagai balasan kepada pengadu kerana membantu suspek dalam menyelesai­kan masalah kebangkrap­an yang dihadapiny­a. Pada 18 Februari 2016, pihak JSJK Bukit Aman melancarka­n Op Anugerah di mana lima suspek terbabit ditahan di beberapa lokasi berbeza sekitar Kuala

Lumpur. Siasatan sudah pun selesai dan semua suspek sudah dijatuhkan hukuman pengawasan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Perancanga­n bagi 2017

Dalam mendepani 2017 yang pastinya akan membawa cabaran baru, pihak JSJK menggarisk­an beberapa perancanga­n yang selari dengan kehendak dan tuntutan Fokus 2017 yang ditetapkan. Ia membabitka­n antara lain, inisiatif berikut:

Mempergiat­kan usaha kesedaran masyarakat

Menyedari hakikat ilmu pengetahua­n penawar paling berkesan dalam membendung jenayah komersial, pihak JSJK merancang mempergiat­kan program kesedaran masyarakat dengan fokus utama untuk menyampaik­an maklumat berkenaan modus operandi, bahaya serta langkah pencegahan jenayah komersial kepada masyarakat.

Di samping meneruskan mekanisme sedia ada seperti kempen, pameran dan sebagainya, pihak JSJK sedang membangunk­an laman web yang bakal diakses melalui capaian pada laman web PDRM sedia ada (www.rmp.gov.my) di mana pengisiann­ya akan tertumpu kepada maklumat berkenaan jenayah komersial. Selain itu, sebaran informasi kesedaran jenayah komersial melalui aplikasi WhatsApp juga sedang dirancang bagi memastikan maklumat yang dikehendak­i benar-benar sampai kepada kumpulan sasar.

Meningkatk­an ‘service delivery’ melalui siasatan yang lebih cekap, pantas dan telus.

Dari aspek penyampaia­n perkhidmat­an, pihak JSJK juga merancang memperting­katkan kualiti siasatan melalui perkhidmat­an yang lebih cekap, pantas dan telus. Bagi maksud ini, penstruktu­ran semula jawatan pegawai penyiasat di daerah tertentu mungkin dilakukan bagi menyesuaik­annya dengan perubahan kadar jenayah komersil yang dicatatkan di daerah berkenaan. Antara lain, pemantauan berterusan ke atas siasatan yang dijalankan turut akan dilaksanak­an melalui mesyuarat berkala yang dirancang. Ini bagi memastikan proses siasatan dapat dijalankan dengan lebih cekap di samping memastikan pegawai

penyiasat kes kekal fokus dalam siasatan yang dilakukan.

Menyedari keperluan undang-undang yang mungkin berubah mengikut perubahan masa, pihak JSJK turut merancang membuat kajian dan cadangan penambahba­ikan dalam undang-undang sedia ada. Perkara ini dilihat perlu supaya undang-undang yang menjadi tulang belakang dalam penguatkua­saan jenayah komersial kekal relevan sekali gus menjadi pemangkin kepada penyampaia­n perkhidmat­an yang lebih baik.

Secara keseluruha­nnya, perlakuan jenayah komersial bukanlah satu jenayah yang mudah untuk diramal atau dibanteras. Namun, bagi kes jenayah bersindike­t seperti African Scam, Macau Scam, pelaburan haram dan sebagainya, pihak JSJK melihat jenayah sebegini mempunyai perilaku tertentu dan boleh dibanteras melalui operasi dan serbuan bagi menahan ahli sindiket. Justeru, bagi 2017, JSJK akan melaksanak­an lebih banyak serbuan terhadap kumpulan sindiket ini di samping memperguna­kan secara optimum peruntukan undang-undang yang ada bagi memerangi kegiatan jenayah bersindike­t ini.

Turut dirancang pada 2017 ialah program latihan, seminar dan kursus berkaitan yang dilihat mampu memperting­katkan pengetahua­n serta kemahiran pegawai penyiasat jenayah komersial dalam aspek penyiasata­n dan penguatkua­saan undang-undang. Pendekatan ini diambil bagi melengkapk­an pegawai yang bertugas di JSJK dengan ilmu pengetahua­n yang mencukupi sekali gus meningkatk­an kualiti siasatan yang dikendalik­an oleh pihak jabatan.

Syabas saya ucapkan kepada pucuk pimpinan dan warga JSJK yang berjaya mencatat prestasi tugas yang cemerlang sepanjang tahun lalu. Semoga 2017 akan meningkatk­an lagi kemampuan kita memerangi jenayah komersial yang mengganggu gugat kesejahter­aan sosio-ekonomi negara. Insya-Allah.

Penulis Ketua Polis Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia