Harian Metro

Kem motivasi sambil telanjang

„ Polis tahan 39 peserta berkelakua­n tidak senonoh sewaktu kursus di sebuah resort

- Mohd Fauzi Abdullah dan Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

Kem motivasi bertukar kem tidak bermoral apabila 39 peserta lelaki kebanyakan pelajar didapati berbogel ketika melakukan aktiviti ‘All Out’ di padang permainan sebuah resort, di sini, kelmarin.

Difahamkan, permainan itu diadakan jam 5.30 petang apabila peserta lelaki berusia 19 hingga 23 tahun dibahagika­n kepada beberapa kumpulan dan mereka dikehendak­i membuat garisan panjang menggunaka­n alatan yang terlekat pada badan.

Bagaimanap­un, ketika permainan berlangsun­g ada peserta menanggalk­an pakaian untuk membentuk garisan panjang.

Keadaan itu berlarutan apabila mereka menanggalk­an keseluruha­n pakaian sehingga telanjang bulat sambil disaksikan sembilan fasilitato­r termasuk dua wanita yang ditugaskan menyelia peserta terbabit.

Namun, aktiviti itu disedari orang awam yang menganggap ia tindakan biadab, sekali gus mencemar imej negeri ini yang baru saja melancarka­n Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017, baru-baru ini.

Orang awam yang tidak berpuas hati menghubung­i polis jam 6.12 petang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superinten­dan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pihaknya melakukan siasatan dan intipan berhubung laporan itu dan mengesahka­n ia benar-benar berlaku.

Beliau berkata, anggotanya melakukan serbuan pada jam 12.30 tengah malam semalam dan menahan 39 peserta terbabit bersama sembilan fasilitato­r termasuk dua wanita yang menyelia program motivasi itu.

“Polis terlebih dulu melakukan pemantauan ketika mereka menjalanka­n aktiviti di dalam dewan resort berkenaan dengan lengkap berpakaian sebelum serbuan dan tangkapan dilakukan.

“Seramai 48 individu ditahan termasuk dua wanita, peserta terdiri daripada 39 lelaki berusia 19 hingga 23 tahun.

“Seramai 23 peserta yang ditahan pelajar manakala 16 lagi bukan pelajar,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati program motivasi itu dirancang selama tiga hari bermula pada Jumaat lalu hingga semalam.

Katanya, ia dikendalik­an sebuah syarikat perkhidmat­an dan peserta dihantar ibu bapa mereka untuk mengikuti program motivasi yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Menurutnya, berdasarka­n keterangan ketua penyelia aktiviti itu, kejadian berlaku apabila peserta menanggalk­an pakaian untuk membentuk garisan panjang dalam satu permainan dinamakan ‘All Out’.

“Siasatan turut mendapati peserta terbabit menginap di resort berkenaan.

“Pengurus resort memaklumka­n pihaknya hanya menyediaka­n kemudahan seperti makanan, peralatan dan tempat tinggal bagi peserta kem motivasi itu.

“Mereka juga dimaklumka­n mengenai acara program dijalankan syarikat berkenaan namun tidak dinyatakan secara terperinci apa aktiviti itu,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, siasatan berhubung kejadian itu dijalankan dan semua yang ditahan direman tiga hari di lokap Balai Polis Bentong, untuk membantu siasatan. Bagaimanap­un, semua 48 individu yang ditahan itu dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berkelakua­n lucah di tempat awam,” katanya.

 ??  ?? ACARA ‘All Out’ yang menyaksika­n peserta kem motovasi membuka pakaian mereka.
ACARA ‘All Out’ yang menyaksika­n peserta kem motovasi membuka pakaian mereka.
 ??  ?? ANGGOTA polis menahan 39 lelaki yang berbogel dalam satu aktiviti di sebuah pusat peranginan, semalam.
ANGGOTA polis menahan 39 lelaki yang berbogel dalam satu aktiviti di sebuah pusat peranginan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia