Harian Metro

‘Kempunan’ gelek dangdut

„ Seramai 27 lelaki warga emas bersama GRO ketika pusat hiburan kena serbu

- Fardy Bungga dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor am@hmetro.com.my

Seramai 27 lelaki warga emas ‘kempunan’ menari gelek dangdut bersama kumpulan wanita pelayan pelanggan (GRO) apabila premis hiburan terletak di Jalan Chow Kit, di sini, diserbu pihak berkuasa awal pagi semalam.

Difahamkan, kumpulan GRO di premis itu turut dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang sanggup menghadiah­kan kalungan bunga dijual kepada mereka.

Tindakan serbuan dilakukan pihak berkuasa susulan pendedahan wartawan Harian Metro berhubung aktiviti maksiat pusat hiburan dangdut yang menjadi tumpuan lelaki tempatan berhibur bersama GRO saban malam pada 8 Januari lalu.

Difahamkan, kegiatan ‘goyang Pak Maun’ disajikan di pusat hiburan itu diserikan dengan kehadiran puluhan GRO berusia awal 20 hingga 40-an.

Serbuan dilakukan melalui operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) membabitka­n agensi penguatkua­saan antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Penyelaras Ops BAH Azman Mahmood berkata, ketika serbuan kebanyakan pelanggan dalam kalangan lelaki warga emas asyik berhibur di premis itu.

Beliau berkata, seramai 21 individu ditahan kerana didapati positif dadah, manakala JAWI mengeluark­an 27 notis hadir untuk siasatan lanjut terhadap pelanggan lelaki beragama Islam.

“Selain itu, sebanyak 30 kelengkapa­n komputer, dua unit modem dan dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bernilai RM78,650 turut dirampas.

“Lima lelaki warga asing dipercayai pekerja premis terbabit dibawa ke pejabat imigresen Kuala Lumpur untuk pemeriksaa­n dokumentas­i,” katanya.

Menurutnya, pusat hiburan itu dianggap panas berikutan menyajikan tarian berahi kepada penonton terutama dalam kalangan lelaki tempatan beragama Islam.

Azman berkata, fokus utama Ops BAH ialah penguatkua­saan terhadap pusat siber perjudian haram, pusat urut tanpa lesen, dadah, warga asing, penyalahgu­naan permit dan aktiviti maksiat.

“Menggunaka­n konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaa (NBOS), operasi itu disertai 17 agensi kerajaan dengan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n bertindak sebagai peneraju utama,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad 8 Januari lalu.
LAPORAN Metro Ahad 8 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia