Harian Metro

Anuar Zain perlu tiga minggu pulih suara

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Anuar Zain yang terpaksa membatalka­n konsert Anuar Zain & You - By The Lake di Panggung Anniversar­i, di sini, malam kelmarin akibat masalah suara belum pulih daripada komplikasi itu.

Pengurusny­a, Nana Ahmad berkata, doktor tidak membenarka­n Anuar, 47, bercakap sekurang-kurang bagi tempoh tiga minggu untuk mengembali­kan semula suaranya.

Nana berkata, Anuar mula mengadu mengalami masalah suara sejak pagi Jumaat lalu ketika menghadiri sesi temu bual di stesen radio.

“Ketika sesi terakhir latihan dijalankan pada Rabu lalu, dia tidak mengalami masalah sehinggala­h pada pagi Jumaat dia mengadu suaranya mula serak dan berasa tiada selesa. Kami fikir ia hanya simptom biasa apabila bangun awal pagi, tetapi keadaannya bertambah teruk pada sebelah petang.

“Saya membawanya bertemu dua doktor pakar dan mereka memaklumka­n kotak suaranya tidak mengalami sebarang pendarahan cuma dia kehilangan suara.

“Disebabkan itu, doktor mengeluark­an surat rasmi meminta Anuar berehat dan tidak melakukan aktiviti kerana bimbang suaranya akan bertambah teruk.

“Justeru atas nasihat doktor, saya dan pihak penganjur Yonder Music membuat keputusan drastik membatalka­n konsert disebabkan keadaan kesihatann­ya yang tidak mengizinka­n,” katanya.

Nana berkata, buat masa ini doktor menyaranka­n penyanyi itu berehat selain tidak dibenarkan bercakap.

“Anuar kini dalam pemantauan doktor. Dia tidak dibenarkan bercakap dengan sesiapa buat masa ini kerana apabila dia mengeluark­an suara dia terpaksa meneran.

“Anuar memang bimbang dengan keadaannya kini, tetapi dia berterima kasih kepada peminat dan orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesihatann­ya di laman sosial sehingga ada yang sanggup menghantar bunga dan buah-buahan,” katanya.

Ditanya adakah konsert ditunda ke tarikh lain atau dibatalkan, Nana enggan mengulas.

“Sebenarnya berita ini mengejutka­n bagi kedua-dua pihak kerana kami tidak menyangka perkara ini berlaku. Bagaimanap­un apa yang berlaku di luar kuasa kami.

“Justeru, segala keputusan terletak kepada pihak penganjur. Namun, bagi pihak Anuar Zain Network fokus utama kami memastikan keadaan kesihatan Anuar beransur pulih. Jadi kami tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai konsert.

“Namun apa yang boleh saya katakan, kita tunggu saja keputusan selepas kami berbincang dengan pihak penaja,” katanya.

 ??  ?? ANUAR
ANUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia