Harian Metro

Contohi cita-cita ke Tanah Suci

-

Kuala Lumpur: “Kita semua mesti mencontohi Allahyarha­m Muhammad Ramadhan Alias yang bercita-cita ke Tanah Haram walaupun tahu hidupnya tidak lama seperti yang dimaklumka­n doktor,” kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Katanya, akhirnya Allahyarha­m menemui Ilahi di Madinah dalam penuh kebaikan serta dalam iman bukan saja di Tanah Suci malah di sisi Rasulullah SAW.

“Dalam hati dia ada rasa kasih kepada Rasulullah SAW dan hadis ada menyebut bahawa siapa yang meninggal dunia di Makkah dan Madinah maka wajib mendapat syafaat baginda.

“Ada riwayat lain menyebut bahawa mereka yang meninggal dunia kemudian disemadika­n di Perkuburan Baqi’ di Madinah akan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak,” katanya kepada Harian Metro di sini semalam.

Beliau mengulas kembalinya ke rahmatulla­h Muhammad Ramadhan, 20, yang menghidap leukemia tahap empat jam 11.20 pagi di Hospital Al-Ansar, Madinah kelmarin.

Tanah perkuburan yang turut dikenali sebagai Jannatul Baqi’ terletak bersebelah­an Masjid Nabawi yang turut menempatka­n jasad para sahabat dan syuhada di zaman Rasulullah SAW.

Allahyarha­m menyatakan impiannya untuk menunaikan umrah dalam temubual bersama Harian Metro pada 5 Januari lalu di Taman Perumahan Beril, Paka, Dungun sebelum berlepas ke Tanah Suci pada Rabu lalu.

Sebelum ini doktor mengesahka­n arwah hanya mempunyai masa kira-kira empat bulan untuk hidup.

Ustaz Ahmad Dusuki berkata, umat Islam digalakkan untuk bercita-cita mati syahid selain memilih untuk meninggal dunia di tempat terbaik seperti di Makkah dan Madinah.

“Memang kita dilarang untuk meminta-minta supaya mati apabila kita dalam keadaan sihat.

“Tetapi terdapat beberapa sebab yang membolehka­n kita berbuat demikian seperti jika kehidupan kita dilingkari fitnah dunia yang dahsyat selain tidak dapat atau tiada lagi daya mempertaha­nkan iman kita,” katanya.

 ??  ?? Dalam hati dia ada rasa kasih kepada Rasulullah SAW dan hadis ada menyebut bahawa siapa yang
meninggal dunia di Makkah dan Madinah maka wajib mendapat
syafaat baginda
Ahmad Dusuki Abd Rani
Dalam hati dia ada rasa kasih kepada Rasulullah SAW dan hadis ada menyebut bahawa siapa yang meninggal dunia di Makkah dan Madinah maka wajib mendapat syafaat baginda Ahmad Dusuki Abd Rani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia