Harian Metro

Peluang bergantung dua faktor

-

Kuala Lumpur: Peluang penghidap ketumbuhan otak meneruskan hidup bergantung kepada keupayaan badan pesakit dan jenis ketumbuhan yang berada dalam badannya itu.

Ahli Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Dr Zubaidi Ahmad berkata, untuk permulaan pembedahan VP Shunt dilakukan dengan memasukkan tiub dari rongga ventrikula­r dalam otak ke abdomen bagi mengelak cecair bertakung dalam saraf otak yang membantu mengurangk­an sedikit tekanan dalam otak seterusnya dapat meringanka­n kesengsara­an pesakit.

“Ketumbuhan otak ada dua kumpulan iaitu benign dan barah (maglinant). Benign adalah kategori ketumbuhan tak berbahaya walaupun saiznya besar pesakit masih ada peluang hidup selepas pembedahan.

“Kebiasaann­ya jangka hayat pesakit lebih lama tetapi kemungkina­n besar pesakit berdepan risiko kecacatan pada anggota derianya seperti mata dan telinga,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ketumbuhan kategori kedua adalah jenis paling berbahaya iaitu barah atau dinamakan malignant yang bersifat lebih agresif dan mempunyai sel barah yang boleh merebak ke bahagian organ lain.

“Apabila sudah merebak ke bahagian organ badan lain, ia dikatakan sudah berada pada tahap empat. Biasanya tiada apa yang mampu dilakukan pakar pada waktu ini.

“Ini kerana pakar hanya boleh membuang sel barah pada bahagian utama organ terbabit tetapi sel barah yang pergi ke organ utama seperti hati dan paru-paru tidak dapat dibuang,” katanya.

Katanya, keadaan itu akan mengakibat­kan kerosakan fungsi organ terbabit yang mengakibat­kan jangka hayat pesakit tidak mampu bertahan lama.

Dr Zubaidi berkata, apabila ketumbuhan otak semakin membesar, ia boleh menjadi bahaya kerana menghimpit bahagian penting dalam kepala.

“Keadaan ini boleh menjejaska­n fungsi bahagian yang terhimpit. Jika tidak dirawat atau dibuang ia boleh mengakibat­kan kematian.

“Namun, ketumbuhan boleh dikesan lebih awal sekiranya kita memahami gejala seperti pening kepala berpanjang­an, muntah-muntah atau kehilangan pendengara­n dan penglihata­n.

“Gejala pada bayi yang menghidap ketumbuhan juga boleh dikesan apabila kepala bayi makin membesar, muntah, pergerakan anggota badan terbatas dan kerap menangis” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia