Harian Metro

5 individu ditahan bantu siasatan

-

Subang Jaya: Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes sekumpulan individu memukul pemandu lori di tempat letak kereta kondominiu­m Puncak Anthenaneu­m, Bukit Antarabang­sa, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, mereka ditahan di Kajang, Kepong dan Negeri Sembilan bermula tengah malam kelmarin sehingga awal pagi semalam.

Jelas beliau, semua suspek ini cuba bersembuny­i, namun berjaya dikesan polis dalam satu operasi yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor dan Bukit Aman.

“Semua suspek yang berusia antara 20 hingga 40-an itu direman empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan. Seorang wanita turut ditahan.

“Kita juga masih mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan. Jadi saya minta mereka tampil untuk memberikan kerjasama,” katanya ketika sidang media Ops Selamat 10 Tahun Baru Cina di Sunway Piramid, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, seorang pemandu lori lembik dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai pengawal peribadi seorang individu bergelar Datuk apabila mangsa terlanggar kenderaan milik Datuk terbabit.

Rompin: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pantai, Mersing, meninggal dunia apabila Perodua Myvi dipandunya dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Kilometer 116, Jalan Kuantan-Johor Bahru, jam 5.10 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superinten­dan Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku apabila Perodua Myvi dipandu mangsa, Mohamad Fadhil Mohd Badli, 26, hilang kawalan ketika melalui selekoh berhampira­n simpang Summer Set sebelum dirempuh Perodua Alza.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian jalan basah akibat hujan dan mangsa yang datang dari arah Kuantan menghala ke Johor Bahru hilang kawalan ketika melalui selekoh itu.

“Ia menyebabka­n Perodua Myvi itu berpusing dan termasuk ke laluan bertentang­an. Perodua Alza berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang Perodua Myvi.

“Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayatnya dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat,” katanya, semalam.

Menurut beliau, pemandu dan penumpang Perodua Alza yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 116 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Simpang Summer Set, Rompin. Gambar kecil, Mohamad Fadhil.
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 116 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Simpang Summer Set, Rompin. Gambar kecil, Mohamad Fadhil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia