Harian Metro

Mak Long mentarang makin canggih

-

Kepala Batas: Maliah Mat Isa atau lebih dikenali sebagai mak Long mungkin tidak dikenali kebanyakan orang, namun wanita berkenaan popular di Seberang Perai kerana menjual hasil laut seperti mentarang dan lokan menggunaka­n laman sosial Facebook.

Selain membuka kaunter menjual hasil laut berkenaan, dia turut meneliti tempahan pelanggan dalam kalangan penduduk setempat dalam laman sosial menggunaka­n nama Mak Long Penaga.

Maliah, 55, dari Kuala Bekah, dekat sini, nelayan wanita tunggal daripada lebih 100 nelayan di jeti Sungai Lahar Endin di sini dan mengambil inisiatif menjual hasil laut berikutan permintaan menggalakk­an daripada penduduk sekitar Seberang Perai.

Selain mentarang dan lokan, dia turut menjual kerang, kepah, ketam nipah, belitung dan kupang atau siput sudu yang dicari sendiri selain membeli dari beberapa pembekal.

Maliah yang berpengala­man sebagai nelayan lebih 15 tahun berkata, dia mengambil keputusan membuka kaunter menjual hasil laut selain menggunaka­n laman sosial sebagai medium promosi berikutan menerima banyak permintaan pelanggan.

Katanya, sebelum ini dia mencari mentarang untuk dihantar kepada pelanggan di Kuala Perlis, Perlis tetapi faktor bekalan menjadi penghalang berikutan hidupan laut itu semakin sukar diperoleh berbanding beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini, mentarang banyak di Sungai Tembus, Penaga tetapi kini sukar diperoleh menyebabka­n saya mengambil keputusan membeli hasil laut dari beberapa pembekal dan menjual sendiri kepada pelanggan.

“Selain penduduk sekitar Penaga, pelanggan luar turut datang membeli selepas mendapat maklumat dalam Facebook,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

 ??  ?? MALIAH menggunaka­n Facebook untuk menjual hasil laut seperti mentarang dan lokan di Kuala Bekah.
MALIAH menggunaka­n Facebook untuk menjual hasil laut seperti mentarang dan lokan di Kuala Bekah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia