Harian Metro

Rumah kos rendah percuma

-

„ Bantu golongan miskin di Sabah

Berjaya Corporatio­n Berhad merancang membantu golongan miskin di Sabah dengan membina rumah kos rendah untuk mereka secara percuma dalam masa terdekat.

Pengasasny­a, Tan Sri Vincent Tan berkata, perkara itu terlintas di fikirannya apabila melihat kejayaan yang dicapai menerusi projek pembinaan rumah bagi golongan kurang berkemampu­an di Filipina membabitka­n kerjasama antara pihaknya dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara itu, Gawad Kalinga (GK).

“Saya telah memperuntu­kkan dana RM26.7 juta (PHP 300 juta) membina 3,000 rumah di kawasan yang dilanda Taufan Sendong pada 2012. Projek itu dijalankan dengan kerjasama GK.

“Kejayaan GK telah memberi inspirasi kepada saya untuk memperluas­kan projek yang sama di Malaysia supaya masyarakat negara kita yang tidak berkemampu­an berpeluang memiliki rumah sendiri secara percuma,” katanya.

Bagaimanap­un, Vincent menjelaska­n pihaknya kini masih dalam proses untuk mencari lokasi sesuai membina rumah itu selain berharap syarikat korporat lain turut bersama-sama menjalanka­n projek berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Kulinari dan Restoran Berjaya Garden di Angat, Bulacan.

Sementara itu, pusat kulinari berkenaan yang dibina pada 2013 dinaik taraf dengan kos RM400,000 (AS$90,000) untuk memberi keselesaan dan perkhidmat­an yang lebih baik kepada pengunjung. Serdang: Seorang wanita ditemui dalam keadaan separuh sedar dan dirantai pada leher serta badan di tempat letak kereta di hadapan Kompleks 3K, Serdang Raya, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, wanita berusia 28 tahun itu ditemui orang ramai jam 9.30 pagi selepas dipercayai melarikan diri dari rumahnya di Taman Muhibah, Seri Kembangan, di sini, malam kelmarin.

Ketika ditemui, ada satu mangga pada leher mangsa selain rantai pada badan yang ditutup pakaiannya sebelum pihak bomba dihubungi untuk memotong rantai berkenaan.

Wanita itu dipercayai dirantai di rumah keluargany­a kerana mempunyai masalah ketagihan minuman keras melarikan diri sebelum ditemui di lokasi kejadian.

Malah, ketika operasi memotong rantai, mangsa dalam keadaan lemah selain tidak dapat mengingati nama sendiri.

Penolong

Pengarah

 ??  ?? WANITA ditemui di hadapan Kompleks 3K, Serdang Jaya dalam keadaan menyayat hati.
WANITA ditemui di hadapan Kompleks 3K, Serdang Jaya dalam keadaan menyayat hati.
 ??  ?? PERASMIAN Pusat Kulinari dan Restoran Berjaya Garden di Angat, Bulacan.
PERASMIAN Pusat Kulinari dan Restoran Berjaya Garden di Angat, Bulacan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia