Harian Metro

‘Saya tegah dia keluar mandi’

-

Kota Bharu: “Saya sempat melarangny­a supaya tidak di kawasan itu kerana bimbang. Air banjir bukan boleh dijangka.

“Malangnya, tidak lama kemudian, saya dikejutkan dengan berita dia lemas,” kata Mohd Zulkhairol Mohd Ghazali, 36.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari, anaknya, Muhammad Danial Asyraf, 15, ditemui lemas selepas mandi di kawasan dinaiki air dekat Kampung Kor, Nilam Puri, Ketereh, di sini, semalam.

Kematianny­a, menyebabka­n jumlah korban banjir di Kelantan meningkat kepada empat orang termasuk seorang pelajar tahfiz, Muhammad Ilham Mohd Hafiz,15, yang ditemui lemas di Pantai Irama jam 10.15 pagi (hari sama), selepas hilang ketika mandi di Pantai Nipah, Bachok, kelmarin.

Muhammad Zulkhairol berkata, sebelum kejadian, mereka sekeluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kor berikutan rumah di Kampung Kubang Bongor ditenggela­mi air sedalam hampir dua meter.

“Saya tegah dia keluar mandi dan tunggu sahaja di PPS kerana keadaan banjir sukar dijangka. Tetapi sebaik melihat bapa saudara dan sepupunya keluar, dia pun ikut serta.

“Mereka mandi di kawasan tepi jalan sebelum dia lemas dan diselamatk­an saudara dan penduduk kampung. Ketika itu dia sudah berada di dasar paya, kira-kira dua meter dari tempat mandi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, anak sulungnya itu disahkan meninggal dunia ketika dihantar ke Klinik Kesihatan Perol dan keluargany­a reda dengan takdir itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Datuk Dr Ab Rahman Ismail ketika dihubungi mengesahka­n kejadian berkenaan.

Katanya, semua penduduk dinasihatk­an supaya mengawasi ahli keluarga masing-masing agar tidak mandi atau bermain air ketika musim banjir.

 ??  ?? MUHAMMAD Zulkhairul (tiga kiri) ketika menuntut janazah anaknya di Bilik Forensik, HRPZ II, Kota Bharu.
MUHAMMAD Zulkhairul (tiga kiri) ketika menuntut janazah anaknya di Bilik Forensik, HRPZ II, Kota Bharu.
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Danial
MUHAMMAD Danial

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia