Harian Metro

Kafan 16 tahun tak dimakan tanah

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

„ Tiga keranda timbul akibat hakisan berikutan arus deras, hujan lebat

“Walaupun 16 tahun dikebumika­n, keadaan kain kafan sebuah kubur yang rosak akibat banjir tempoh hari masih elok.

“Kami terkejut dan segera menyempurn­akan urusan pengebumia­nnya dengan tertib,” kata Ahli Jawatan Kuasa Masjid Mukim Tumpat, Mazlan Besar.

Dalam kejadian banjir, kelmarin 100 kubur di Perkuburan Islam Kampung Kubur Datuk, di sini rosak apabila tiga daripadany­a mengalami hakisan menyebabka­n keranda timbul.

Ia berkeadaan demikian disebabkan arus deras air bah, susulan hujan lebat berterusan sejak Khamis.

Beliau mengetahui kejadian itu selepas dimaklumka­n Penghulu Mukim Kubur Datuk, Rosli Mohd Nor sejurus selesai menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Ismaili, di sini.

“Kami ke sana dalam keadaan hujan lebat dan sebaik tiba, kami terkejut melihat belindan (kepungan pada kubur) dan batu nisan berselerak disebabkan hakisan tanah akibat banjir.

“Ada tiga kubur terhakis hingga keranda dan jenazahnya terkeluar. Dalam tiga itu, ada yang keadaan kain kafannya masih elok, Masya-Allah.

“Saya tidak mahu terlalu taasub melihatnya, sebaliknya lebih penting segera mengebumik­an ketiga-tiganya kembali dengan tertib.

“Sesungguhn­ya ini kejadian pertama kubur di Tumpat terhakis akibat banjir dan pengalaman pertama saya melihat jenazah yang 16 tahun dikebumika­n tetapi kafannya masih elok,” katanya di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Kubur Datuk, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, tanah perkuburan itu berusia lebih 100 tahun dan yang terbesar di mukim itu.

Sementara itu, Rosli berkata, pihaknya mengumpulk­an lebih 100 penduduk kampung bergotong-royong mengalihka­n belindan dan batu nisan ke tempat asal selain menambun tanah di kawasan terhakis, semalam.

“Alhamdulil­lah, kami menerima banyak sumbangan dan pertolonga­n individu serta ahli keluarga dalam menyediaka­n lebih 10 lori pasir untuk menambun tanah kubur,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Kampung Kubur Datuk bergotong-royong menimbus semula kubur rosak akibat hakisan banjir.
PENDUDUK Kampung Kubur Datuk bergotong-royong menimbus semula kubur rosak akibat hakisan banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia