Harian Metro

Tiang rumah bergoncang dilanda limpahan sungai

-

Pasir Puteh: Seorang ibu yang berpantang menempuh detik cemas apabila rumah keluarga mentuanya di Kampung Binjai, Semerak, di sini dinaiki air sejak kelmarin.

Puteri Nurul Akma Othman, 31, yang dua minggu melahirkan bayi perempuan, Puteri Nur Aisyah Nuha Zahirah Faris mengakui takut dengan keadaan dilalui mereka.

“Saya sedang menyusukan anak jam 3 pagi Sabtu apabila tiba-tiba tiang rumah bergoncang kuat disebabkan arus banjir akibat limpahan Sungai Semerak.

“Hanya Allah yang tahu betapa takutnya saya ketika itu dan suami Faris Hanifah, 32, menenangka­n dua lagi anak kami berusia tiga dan dua tahun yang turut menangis.

“Malah, mentua Hanifah Mamat yang berusia 55 tahun dan Wan Noor Wan Jusoh, 50, juga tidak dapat melelapkan mata.

“Hendak mengharung air keluar dari rumah ketika itu, saya belum cukup kuat kerana baru dua minggu melahirkan anak. Jadi kami bertahan dan menunggu sehingga ada pasukan penyelamat tiba,” katanya.

Dia ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Uthmaniah, Semerak, kelmarin selepas dibantu untuk berpindah oleh pasukan penyelamat pada jam 12 tengah hari.

Operasi menyelamat wanita itu bersama 158 mangsa daripada 50 keluarga di Kampung Binjai, Kampung Gong Pacat, Kampung Gong Garu dan Gong Kelih turut disertai Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman.

Zawawi berkata, beliau menerima 80 panggilan dan 50 sistem pesanan ringkas (SMS) daripada penduduk yang meminta bantuan diselamatk­an.

“Untuk itu, saya gerakkan sukarelawa­n bersama anggota penyelamat ke kawasan yang belum diselamatk­an dan kami memindahka­n mereka ke lokasi lebih baik.

“Diakui banjir kali ini berbeza kerana ramai mangsa tidak pernah berdepan banjir turut mengalamin­ya. Saya bersyukur kerana barang keperluan seperti beras, tilam, bantal, biskut, sardin dan gula mencukupi untuk menampung keperluan mereka,” katanya.

 ??  ?? ZAWAWI (kiri) bertanya khabar Puteri Nurul Akma dan bayinya selepas ditempatka­n di pusat pemindahan sementara, Dewan Uthmaniah di Kampung Pulau Lima, Semerak, Pasir Puteh.
ZAWAWI (kiri) bertanya khabar Puteri Nurul Akma dan bayinya selepas ditempatka­n di pusat pemindahan sementara, Dewan Uthmaniah di Kampung Pulau Lima, Semerak, Pasir Puteh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia