Harian Metro

Lelaki keluar melalui tingkap sebelum kereta dihanyut air deras

-

Jertih: Tindakan pantas seorang lelaki keluar melalui tingkap kereta menyelamat­kan nyawanya selepas kenderaan dipandunya itu dihanyutka­n air deras dalam kejadian di Kampung Tembila, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Besut.

Mangsa yang memandu Proton Saga BLM dikatakan melalui jalan berkenaan sebelum keretanya dihanyutka­n air deras ke kawasan semak berhampira­n yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Penolong Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 8.15 malam sebelum sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamat­kan mangsa.

Menurutnya, sebuah lori, pajero dan bot dibawa bersama peralatan yang lain bagi misi menyelamat­kan mangsa itu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati mangsa sudah berada di tepi jalan manakala keretanya dibawa arus ke dalam semak berhampira­n dengan kedalaman air hampir dua meter.

“Kita terpaksa menaiki bot untuk ke kereta mangsa memandangk­an kedalaman air di kawasan berkenaan serta arus yang deras itu.

“Mangsa berjaya keluar dari kenderaan dan kita mengambil masa hampir satu jam bagi menarik keretanya sebelum ditunda ke BBP Besut untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd mangsa Zailani berkata, dikatakan nekad meredah air dan keretanya untuk pulang ke kampungnya di Besut sebelum ditolak arus deras sebaik melalui laluan berkenaan.

Katanya, mangsa bernasib baik selepas dapat menyelamat­kan dirinya dengan keluar melalui tingkap dan berenang ke tepi jalan sebelum mendapatka­n bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia