Harian Metro

Air bah masuk gerai

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

„ Pemilik kedai makan pantau paras banjir elak kerugian

Peniaga kedai makan di Kampung Buluh, di sini, mendakwa dia perlu memantau paras banjir yang melanda bagi memastikan peralatan perniagaan­nya itu tidak dihanyutka­n.

“Paras air perlu diperiksa bagi membolehka­n peralatan di kedai makan saya ini dialihkan bagi mengelak barangan terbabit dihanyutka­n banjir dan arus sungai yang deras,” kata Azanan Hassan, 61.

Menurutnya, sejak kawasan berkenaan dilanda banjir Jumaat lalu, dia menutup perniagaan­nya kerana kedainya dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga satu meter.

Katanya, setiap tahun dia berdepan situasi seperti itu kerana kedai makan miliknya terletak di tepi tebing pertemuan dua sungai iaitu Sungai Tersat dan Sungai Berang yang mengakibat­kan berlaku limpahan air ke dalam premisnya.

“Hingga kini saya mengalami kerugian RM1,500 berikutan tidak dapat menjalanka­n operasi perniagaan dan menutup kedai makannya sehingga laluan utama ke kedainya dibuka semula.

“Sejak buka kedai di sini pada 2008, banjir paling teruk berlaku pada 2014 apabila kedainya ditenggela­mi banjir sedalam dua meter,” katanya.

Menurutnya, dalam gelombang kedua banjir pada akhir bulan lalu, kedainya dinaiki air hingga paras satu meter dan sejak Disember lalu sudah tiga kali dia menutup kedainya kerana banjir.

Katanya, operasi kedainya akan dibuka bergantung kepada laluan utama kerana kini jalan ke kedainya itu ditenggela­mi banjir dan limpahan air sungai mengakibat­kan pelanggan sukar untuk datang selain tidak mengetahui laluan alternatif yang ada untuk ke kedainya.

“Saya juga membina pelantar untuk menempatka­n barangan kedai seperti kerusi dan meja sekiranya paras air meningkat secara luar biasa dan mendadak seperti yang berlaku pada 2014.

“Barangan akan diikat diatas pelantar itu dan dibiarkan terapung manakala pelantar itu pula diikat dengan tali bagi mengelak ia hanyut,” katanya.

 ?? FOTO: NAZDY HARUN ?? AZANAN berkayak meninjau keadaan banjir di gerai makannya yang terletak di tebing pertemuan Sungai Tersat dan Sungai Berang.
FOTO: NAZDY HARUN AZANAN berkayak meninjau keadaan banjir di gerai makannya yang terletak di tebing pertemuan Sungai Tersat dan Sungai Berang.
 ??  ?? DHIYA Aizat (dua dari kanan) menyerahka­n sumbangan banjir kepada penduduk terjejas di pusat pemindahan Kampung Tok Lawit.
DHIYA Aizat (dua dari kanan) menyerahka­n sumbangan banjir kepada penduduk terjejas di pusat pemindahan Kampung Tok Lawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia