Harian Metro

Bersih rumah ketika air belum surut

-

Hulu Terengganu: “Walaupun cuaca masih tidak menentu dan banjir tidak surut sepenuhnya, saya mengambil kesempatan pulang ke rumah dan membersihk­an bahagian dan barangan yang perlu,” kata Mat Zaid Mamat, 43, dari Kampung Matang, di sini.

Dia sekeluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara tiga kali bersama enam ahli keluargany­a sejak Disember lalu.

Katanya, kali ketiga mereka berlindung ke pusat pemindahan jam 3 petang kelmarin dan keadaan cuaca walaupun tidak menentu membolehka­nnya pulang seketika membersihk­an kediamanny­a.

“Air memenuhi rumah sedalam satu meter dan meningkat dengan pantas mengakibat­kan dia bersama ahli keluargany­a ke pusat pemindahan.

“Mujur barangan di rumah tidak diturunkan lagi dari atas rak selepas gelombang banjir kedua berlaku 3 Januari lalu kerana pengalaman sebelum ini banyak mengajar supaya saya lebih berhati-hati.

“Biasanya beberapa gelombang banjir berlaku sebelum fenomena itu berhenti sepenuhnya dan biasanya hingga Mac atau paling awal selepas Tahun Baru Cina,” katanya.

Dia membersihk­an rumahnya bagi meringanka­n sedikit kerja pembersiha­n terutama lumpur yang melekat di lantai rumah.

Katanya, ketika air tinggal sedikit di dalam rumah sangat sesuai untuk menolak lumpur belum melekat sepenuhnya pada lantai dan menjadikan kerjanya semakin rumit nanti.

Mat Zaid turut menyediaka­n bot gentian kaca di rumahnya bagi memudahkan ahli keluargany­a berpindah kerana saban tahun tiga atau empat kali berpindah ke pusat pemindahan apabila berlakunya banjir.

“Kedudukan rumah berhampira­n sungai mengakibat­kan terdedah dengan banjir tetapi ia tidak menjadi masalah kerana sudah lama melaluinya,” katanya.

 ??  ?? MAT Zaid membersihk­an lumpur dalam rumahnya. ANAK Mat Zaid, Nur Syahirah Fatini dan Mohammad Zahari berusaha memindahka­n ayam yang terperangk­ap akibat banjir di rumah mereka.
MAT Zaid membersihk­an lumpur dalam rumahnya. ANAK Mat Zaid, Nur Syahirah Fatini dan Mohammad Zahari berusaha memindahka­n ayam yang terperangk­ap akibat banjir di rumah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia