Harian Metro

Kempen inovasi dua ikon

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

„ Dairy Champ tampil

David Arumugam,

Dr Vida untuk perkenal krimer

Dairy Champ mengadakan kempen inovasi kali pertama Dairy Champ, Mesti-lah yang menampilka­n Datuk David Arumugam dan Datuk Seri Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida sebagai duta.

Kempen mempromosi­kan dua produk utama iaitu Dairy Champ Tarik Lebih Buih Krimer Manis dan Dairy Champ Krimer Sejat itu memilih imej wajah dua selebriti terkenal berkenaan untuk diletakkan pada paparan visual dengan gaya tersendiri.

Pemilihan anggota kumpulan Alleycats dan usahawan kosmetik itu sebagai ikon Dairy Champ kerana kedua-duanya mempunyai keunikan dan mampu menjadi inspirasi kepada penggemar susu.

Timbalan Presiden Pemasaran dan Pembanguna­n Perniagaan Etika Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan berkata, kempen Dairy Champ, Mesti-lah adalah kempen unik dengan menampilka­n selebriti tersohor bertepatan dengan imej Dairy Champ.

Katanya, penampilan David berambut afro melambangk­an ciri krimer manis dengan limpahan buih yang gempak manakala Vida yang gemar memakai koleksi mahkota serta pakaian merah jambu menginspir­asikan suasana girang Krimer Sejat.

“Sehubungan itu, kedua-dua selebriti ini menjadi pilihan utama kami yang mencermink­an prestasi dan keutuhan jenama Dairy Champ yang bertapak selama 20 tahun.

“Bermula hari ini (23 Januari), Dairy Champ akan memperluas­kan kempen pemasaran yang merangkumi aktiviti penjenamaa­n, papan iklan, iklan cetak, digital dan televisyen,” katanya melalui satu kenyataan, media.

Menurutnya, pelantikan David dan Vida sebagai duta produk, sekali gus menonjolka­n jenama Dairy Champ sebagai pilihan utama dalam melazatkan sajian makanan dan minuman.

Dairy Champ Tarik Lebih Buih Krimer Manis dan Dairy Champ Krimer Sejat boleh didapati di semua rangkaian jualan seluruh negara berserta variasi Krimer sejat dan Krimer Manis yang lain.

 ??  ?? IKLAN kreatif yang menarik perhatian ramai.
IKLAN kreatif yang menarik perhatian ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia