Harian Metro

Pilihan warga kota bawa keluarga

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Rata-rata pengguna Transit Aliran Massa (MRT) berpuas hati dengan penyediaan kemudahan letak kereta bertingkat serta ruang parkir terbuka yang disifatkan mesra pengguna.

Dengan kemudahan berkenaan, pengguna

MRT tidak perlu meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan yang boleh menyebabka­n kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di kawasan itu.

Tinjauan Harian Metro di stesen MRT Sungai Buloh mendapati parkir bertingkat bersebelah­an stesen itu agak selesa kerana menyediaka­n petak parkir yang banyak dan mengutamak­an ruang letak kereta Orang Kurang Upaya (OKU) di setiap tingkat.

Parkir setinggi lapan tingkat itu mampu memuatkan lebih 300 kenderaan pada setiap masa serta terdapat kemudahan lif.

Seorang jurutera, Ahmad Zainul Ariffin, 30, menyifatka­n bangunan kompleks letak kereta itu berciri moden dan mempunyai pelbagai kemudahan walaupun dia jarang menggunaka­n pengangkut­an awam itu.

“Kawasan ini selesa dan luas. Ia berbeza berbanding tempat letak kenderaan tidak berbumbung.

“Turut disediakan ialah sistem penunjuk arah petak letak kereta yang kosong,” jelasnya.

Pembantu tadbir, Siti Rahayu Mohammad, 24 berkata, parkir bertingkat itu memudahkan urusan meletakkan kereta berbanding sebelum ini yang terpaksa diletakkan di bahu

„ Orang ramai puas hati dengan kemudahan disediakan

MRT

jalan.

“Saya sukakan konsep kompleks letak kereta ini yang bersambung terus ke stesen MRT.

“Ia turut dilengkapi skrin yang membolehka­n pengguna tahu ruang parkir kosong bagi setiap tingkat menyebabka­n tidak tercari-cari petak kosong,” katanya yang menggunaka­n MRT setiap hari untuk berulang-alik ke tempat kerja sebaik memulakan operasi kira-kira sebulan lalu.

Rakannya, Fitri Hamidah Mazlan, 22, memuji tindakan pihak pengurusan yang turut menempatka­n pengawal keselamata­n.

Kuala Lumpur: Perkhidmat­an tren Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) Fasa Pertama menjadi pilihan keluarga untuk bersiar-siar, selain merasai pengalaman menaiki pengangkut­an awam yang sudah beroperasi lebih sebulan itu.

Wartawan Harian Metro yang membuat tinjauan sepanjang perjalanan dari Stesen Semantan ke Sungai Buloh mendapati, biarpun tidak ramai, beberapa keluarga masih memilih menggunaka­n perkhidmat­an MRT sebagai pengangkut­an utama bersiar-siar bersama keluarga.

Pelanggan mula ramai ketika MRT menghampir­i Stesen Kwasa Damansara sehingga ke Stesen Bandar Utama kerana kebanyakan mereka akan mengambil bas pengantara untuk ke kompleks beli-belah di Bandar Utama.

Namun, ada juga ibu bapa yang membawa anak-anak merasai pengalaman menaiki MRT dari satu stesen ke stesen lain dan berpatah semula.

Biarpun dikenakan tambang antara RM1.20 hingga RM3.40 bagi kaedah tanpa tunai dan RM1.20 hingga RM3.90 menggunaka­n tunai, ibu bapa tidak kisah membawa anak-anak merasai pengalaman menggunaka­n perkhidmat­an itu terutama pada hujung minggu.

 ??  ?? RUANG duduk yang kemas memberikan keselesaan kepada pengguna.
STESEN MRT ada menyediaka­n tempat letak kereta bertingkat bagi memudahkan pengguna meletakkan kenderaan.
RUANG duduk yang kemas memberikan keselesaan kepada pengguna. STESEN MRT ada menyediaka­n tempat letak kereta bertingkat bagi memudahkan pengguna meletakkan kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia