Harian Metro

Belum cukup bahan makanan

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

„ Misi kemanusiaa­n FFFM perlu lagi 500 tan bekalan ke Myanmar

Meskipun tinggal kurang dua minggu sebelum belayar, misi kemanusiaa­n Food Flotilla For Myanmar (FFFM) hanya mengumpul hampir 500 tan bahan makanan dan perubatan, jauh daripada sasarannya yang mahu membawa 1,000 tan pada 3 Februari ini.

Presiden Majlis Perundanga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya merayu kepada mana-mana syarikat mahupun orang ramai supaya tampil menghulurk­an bantuan bagi misi pelayaran kemanusiaa­n yang membantu ratusan ribu pelarian Rohingya itu.

Menurutnya, sekiranya misi berkenaan belayar dengan muatan 500 tan saja, ia hanya mampu memberikan bantuan kepada 30,000 pelarian Rohingya saja.

“Masih ada beberapa pihak yang berjanji membantu misi ini belum menyerahka­n bahan untuk dibawa ke sana dan saya bimbang sekiranya belayar dengan jumlah muatan kurang daripada 1,000 tan.

“Misi berkenaan perlu membawa 80 peratus bahan makanan dan 20 peratus lagi untuk perubatan kerana terdapat ratusan ribu pelarian di kem Teknaf, Bangladesh memerlukan bantuan segera selain bantuan makanan kepada rakyat Rohingya yang masih terperangk­ap di negara mereka,” katanya pada sidang media selepas Dialog Flotilla ke Myanmar di sini, semalam. Difahamkan, misi berkenaan akan menggunaka­n kapal Nautical Aliya dan belayar dari Pelabuhan Klang menuju ke Yangon, Myanmar sebelum meneruskan pelayaran ke Teknaf dengan membawa 200 aktivis termasuk 30 doktor perubatan serta 27 wakil media daripada dalam dan luar negara.

Mohd Azmi berkata, usaha Malaysia bagi membantu pelarian Rohingya kini mula mendapat perhatian dunia apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari beberapa negara luar termasuk United Kingdom (UK), China, Jerman, Belanda, Perancis, Amerika Syarikat, Filipina, Singapura dan lain-lain mula menyatakan sokongan serta menghulurk­an bantuan.

“Kita ingin capai 1,000 NGO dari seluruh dunia untuk menyatakan sokongan bagi misi kemanusiaa­n ini.

“Ia diketuai Malaysia. Kita juga dapat sokongan kuat daripada agensi dalam dan luar negara,” katanya.

 ??  ?? MOHD Azmi (kiri) pada Majlis Dialog Flotilla ke Myanmar di Carlton Hotel, semalam.
MOHD Azmi (kiri) pada Majlis Dialog Flotilla ke Myanmar di Carlton Hotel, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia