Harian Metro

Dana bantu pesakit Gaza, Syria

-

Kuala Lumpur: Mengumpul dana RM2 juta antara usaha berterusan Humanitari­an Care Malaysia Berhad (MyCARE) bagi membantu pesakit miskin dan orang kurang upaya (OKU) di Gaza dan Syria.

Penasihat Rose2Rose, Dr Fauziah Mohd Hasan berkata, menerusi kempen Give Hope yang dilancarka­n, pihaknya akan menggunaka­n dana terkumpul untuk membiayai kos perubatan 3,000 pesakit miskin di Gaza.

“Pada masa sama, 18 kanak-kanak di Gaza dan Syria yang cedera akibat peperangan akan dibekalkan kaki dan tangan palsu berkualiti bagi memberi peluang mereka hidup dengan lebih baik.

“Setakat ini jumlah kutipan hanya mencecah RM350,000 dan ia sudah disalurkan kepada rakyat Gaza dan Syria yang memerlukan bantuan segera,” katanya pada Majlis Sarapan Amal MyCARE, di sini, semalam.

Menurut Dr Fauziah, sudah tiba masanya semua lapisan masyarakat menganggap usaha membantu rakyat Palestin dan Syria sebagai satu tanggungja­wab bersama dan bukannya atas dasar sukarelawa­n semata-mata.

“Hanya dengan bantuan orang ramai boleh membantu membangkit­kan dan membina semula kehidupan mangsa peperangan.

“Setiap ringgit yang kita sumbangkan sangat bermakna kerana ia akan mengubah kehidupan mereka biarpun ia tidak akan sama seperti dulu,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia turut menyumbang­kan wang tunai RM2,000 bagi membantu mencukupka­n jumlah dana yang disasarkan.

Sementara itu, Dr Fauziah berkata, seramai enam aktivis MyCARE akan berlepas ke Stockholm, Sweden bagi membincang­kan isu membebaska­n Gaza, pada 15 Mei depan.

 ??  ?? KETUA Pembanguna­n dan Perniagaan Pusat Pakar UKM, Hassan Basri Isa (dua dari kiri) menyerahka­n cek bernilai RM20,000 kepada Dr Fauziah pada majlis sarapan amal di Restoran Nelayan Gombak.
KETUA Pembanguna­n dan Perniagaan Pusat Pakar UKM, Hassan Basri Isa (dua dari kiri) menyerahka­n cek bernilai RM20,000 kepada Dr Fauziah pada majlis sarapan amal di Restoran Nelayan Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia