Harian Metro

Wanita Malaysia ke majlis angkat sumpah Trump

-

Washington: Seorang wanita rakyat Malaysia boleh dianggap bertuah kerana berpeluang menjadi tetamu pada majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai presiden ke-45 Amerika Syarikat di Capitol Hill, Washington DC, Jumaat lalu.

Marina Ahmad Mustafa yang berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Charlotte, North Carolina bersama suami, Dr Brad Batchelor dan anak mereka, Asha, terbang sejauh 620 kilometer untuk memenuhi undangan itu.

“Kami terbang ke Washington DC pada Rabu dan kami berasa sangat bertuah mendapat undangan yang julung kali kami terima dan sudah tentu tidak elok jika kami menolaknya,” kata wanita itu.

Jelasnya, mereka sekeluarga ke sana selepas suaminya, seorang kiroprakto­r menerima undangan daripada Anggota Kongres North Carolina, Virginia Foxx.

“Ini pengalaman pertama saya dan walaupun saya sendiri tidak layak mengundi kerana berstatus warganegar­a Malaysia, kehadiran kami memberi pendedahan kepada Asha, 9,” katanya.

Berkelulus­an sarjana dalam bidang ekonomi dari Universiti Missouri, Kansas City, Marina berkata, beliau menetap di AS sejak 10 tahun lalu.

Menceritak­an pengalaman­nya pada majlis bersejarah itu, Marina berkata, beliau sekeluarga berada di kawasan berwarna oren ‘West Standing’ - iaitu hanya 150 meter dari bangunan utama majlis angkat sumpah itu berlangsun­g.

Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, John Roberts pada 12.05 tengah hari waktu tempatan (1.05 pagi waktu Malaysia) disaksikan ratusan ribu penyokongn­ya yang hadir dalam majlis penyerahan kuasa itu.

Hartawan berusia 70 tahun itu menggantik­an Barack Obama pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 November lalu.

Pemimpin Republikan itu meletakkan tangannya di atas dua kitab Bible, satu miliknya dan satu lagi pernah digunakan Abraham Lincoln untuk mengangkat sumpah, menandakan bermulanya era politik baharu AS.

Mengenai ucapan sulung Trump sebagai Presiden, Marina menyifatka­nnya sebagai ‘bolehlah’.

“Dalam ucapan Trump ada menyebut mengenai semangat patriotik, jika kita semua sama-sama berganding bahu dengan semangat patriotik, kita boleh hapuskan prejudis.

“Ini (ditujukan) bukan saja kepada Amerika tapi kepada semua negara. Apabila hati anda dipenuhi semangat patriotik, tidak ada ruang lagi untuk sikap prejudis.

“Saya mengharapk­an ada lebih banyak syor mengenai menyatukan rakyat semua kaum, agama dan budaya kerana Amerika sebuah wadah tumpuan. Malangya beliau tidak banyak menyentuh perkara itu,” kata Marina. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia