Harian Metro

Pengurus mati jatuh basikal

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Putrajaya: Seorang pengurus syarikat import dan eksport filem maut selepas terjatuh secara tiba-tiba dari basikal yang ditunggang­nya dalam kejadian di Persiaran Selatan menghala ke Dengkil, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.10 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Radzif Ruslan, 54, terjatuh di atas bahu jalan dan cedera di muka sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa mengayuh sendirian di laluan berkenaan sebelum terbabit kemalangan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan kes berkenaan disiasat sebagai kes mati mengejut.

Beliau berkata, seorang pengadu memaklumka­n sempat melihat mangsa jatuh dari basikal yang ditunggang ketika melalui kawasan itu dengan sebuah kereta sebelum menghubung­i polis.

“Saksi memaklumka­n, basikal dikayuh mangsa tiba-tiba perlahan sebelum terjatuh di kiri jalan. Pengadu kemudian memberhent­ikan kereta dan keluar untuk menghulurk­an bantuan.

“Bagaimanap­un, pengadu mendakwa mangsa sudah tidak bergerak dan berada dalam keadaan tenat serta cedera di muka,” katanya.

Pemandu kereta yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 201.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampira­n kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, malam kelmarin dipercayai masih hidup sejurus kemalangan berlaku, namun gagal diselamatk­an selepas keretanya terbakar dan meletup.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitiny­a hingga petang kelmarin dikatakan menjerit meminta tolong daripada pegguna lebuh raya yang berada di lokasi kejadian ketika itu, malangnya mangsa yang tersepit tidak dapat dikeluarka­n.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kemalangan membabitka­n tiga kenderaan iaitu Proton Persona, Perodua Myvi dan treler membawa muatan simen. Kemalangan itu menyebabka­n dua pemandu kereta maut termasuk seorang rentung manakala pemandu treler berusia 29 tahun dilaporkan cedera.

Pemandu Myvi disahkan meninggal dunia selepas pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya mengeluark­an

„ Pemandu maut bersama kenderaan hangus terbakar

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran kereta dan treler. Gambar kecil, mangsa yang tersepit dikeluarka­n anggota bomba.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran kereta dan treler. Gambar kecil, mangsa yang tersepit dikeluarka­n anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia