Harian Metro

Jeritan sebelum kereta meletup

-

mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dikenali sebagai Mok Wai Kit, 29, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berlaku apabila treler Scania yang membawa muatan simen yang dalam perjalanan dari arah selatan ke utara dipercayai hilang kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya sebelum memasuki laluan bertentang­an.

“Treler berkenaan dipercayai merempuh dua kereta yang menuju ke selatan yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

“Akibat pelanggara­n, Proton Persona terbabit melekat di sisi kenderaan berat itu manakala Myvi terbabas ke bahu kiri jalan dan kedua-dua pemandu kereta terperangk­ap dalam kenderaan akibat tersepit,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, Proton Persona yang dirempuh itu kemudian terbakar dan dipercayai meletup hingga menyebabka­n kereta serta treler berkenaan terbakar manakala pemandu lelaki kereta malang itu maut akibat rentung.

Omar Bakhtiar berkata, pihaknya difahamkan sebelum kebakaran berlaku ada cubaan menyelamat­kan pemandu Proton Persona yang terperangk­ap dan masih bernyawa.

“Mangsa dipercayai masih bernyawa dan cuba dibantu orang awam, namun gagal apabila kenderaan itu terbakar dan kemudianny­a meletup.

“Berdasarka­n maklumat daripada saksi, mangsa dipercayai berbangsa Melayu berusia lingkungan 30-an, namun identitiny­a belum dikenal pasti kerana segala dokumen pengenalan diri serta kenderaan dinaikinya musnah terbakar keseluruha­nnya,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu atau mangsa untuk tampil membantu siasatan.

Katanya, pemandu treler berusia 29 tahun yang cedera kini dirawat di Hospital Parit Buntar, dekat sini dan mayat kedua-dua mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Sementara itu, ahli keluarga Wai Kit yang ditemui di hospital berkata, mangsa dalam perjalanan ke Taiping, dekat sini untuk bertemu teman wanitanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia