Harian Metro

Rasional kutipan GST

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) adalah sumber penting kepada ekonomi dan pembanguna­n negara serta rakyat.

Walaupun dikritik sesetengah pihak yang menjadikan­nya sebagai senjata politik, keputusan kerajaan memperkena­lkan GST menjadi penyelamat negara berhadapan ketidakten­tuan ekonomi antarabang­sa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan memperoleh hasil kutipan GST sebanyak RM41 bilion tahun lalu dan hasil itu membantu kerajaan membangunk­an negara serta rakyat.

Katanya, menghapusk­an GST akan menyebabka­n kerajaan hilang sumber kewangan negara sedangkan pendapatan itu digunakan untuk pembanguna­n.

Melihat kepada kejayaan negara melalui pelaksanaa­n itu, Najib mendedahka­n negara India turut dijangka melaksanak­an GST pada tahun ini.

“India akan melaksanak­an GST kepada tiga peringkat dengan kadar tertinggi sebanyak 23 peratus. Ia jauh lebih tinggi berbanding kadar GST di negara kita. Kalau kaum India di negara ini komplen (merungut) pasal GST, lebih baik diam.

“Saya berharap rakyat faham. Jangan dengar cakap pembangkan­g dan orang dulu yang pernah bersama kita (kerajaan). Mana nak dapat duit nak buat klinik, hospital dan pelajaran. Duit tak datang melayang mesti datang daripada sumber,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (KBBT) di Lukut, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramania­m.

Sementara itu, Najib yang turut merasmikan bangunan Wisma Ceylonese di Seremban, mahu mendengar pandangan dan harapan rakyat dalam usaha kerajaan melaksanak­an visi baharu.

„ Kerajaan peroleh kutipan hasil RM41 bilion tahun lalu

 ??  ?? NAJIB memotong kek sempena majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun yang ke-60 MKBBTM.
NAJIB memotong kek sempena majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun yang ke-60 MKBBTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia