Harian Metro

Untung online kurang RM3,000 dikecuali cukai

-

Kluang: Peniaga atas talian yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tidak akan dikenakan cukai sebaliknya kerajaan hanya akan memberikan tumpuan kepada syarikat multinasio­nal yang menjana keuntungan besar.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan berhak mengenakan cukai berkenaan terhadap syarikat multinasio­nal kerana hasil pendapatan mereka dijana dari negara ini.

“Kita sedang mengkaji bagaimana untuk melaksanak­an sistem percukaian terhadap syarikat multinasio­nal yang menjalanka­n perniagaan di sini tetapi hasilnya dibawa ke negara lain.

“Daripada segi undang-undang, kalau hasilnya dijana dari sini, kita haruslah mempunyai hak untuk mengutip cukai sama seperti dilaksanak­an negara lain,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Majlis Pecah Tanah Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kluang, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah dan Pegawai Tadbir Tanah Kluang Mustaffa Kamal Shamsudin.

Pembinaan bangunan sembilan tingkat yang menelan belanja RM63 juta itu dibina di tanah seluas dua hektar dan dijangka siap hujung 2018.

Ia merangkumi pejabat, dewan serbaguna dan parkir kenderaan termasuk bawah tanah.

Sebelum ini, kerajaan bercadang mengenakan cukai kepada perniagaan atas talian yang dijangka dilaksanak­an tahun ini selepas LHDN memuktamad­kan kajian menyeluruh mengenainy­a.

Mohd Irwan berkata, LHDN menerusi Bahagian Perniagaan dan Perdaganga­n Dalam Talian kini melakukan kajian secara terperinci berhubung perkara itu.

“Hari ini, ekonomi digital dan perkongsia­n semakin berkembang dan pendapatan diraih semakin meningkat terutama syarikat multinasio­nal seperti Google, Netflix dan Uber,” katanya.

Mohd Irwan berkata, kerajaan optimis kutipan cukai langsung oleh LHDN boleh menjangkau kira-kira RM127 bilion tahun ini berdasarka­n pertumbuha­n ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia