Harian Metro

Suara 30 watak kartun

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

„ Shamsir hidupkan watak dalam program alih bahasa Melayu untuk kanak-kanak

Bermula dengan tabiat suka menonton rangkaian siri kartun di televisyen sejak kecil sehinggala­h berusaha untuk cuba meniru setiap suara watak kegemarann­ya itu.

Bagaimanap­un, lama-kelamaan tabiat suka meniru suara kartun itu ‘terbawa’ hingga usia remaja, malah sesekali dia bercakap di hadapan cermin untuk memahirkan diri mengajuk watak kegemarann­ya.

Hobi unik itu akhirnya membawa tuah buat seorang pelukis karikatur, Shamsir Mohd Shahar, 40, apabila dia kini berupaya meniru 30 watak kartun Disney iaitu Mickey dan Minnie Mouse, Donald Duck, Goofy selain Looney Tunes seperti Tweety dan Sylvester, watak Kenai dalam kartun Brother Bear serta Transforme­rs.

Menceritak­an mengenai bakatnya, Shamsir berkata, dia mula aktif terbabit sebagai pengajuk suara watak kartun secara sambilan sejak tiga tahun lalu.

“Saya terbabit dalam menyumbang­kan suara bagi watak Donald Duck dan Goofy bagi rancangan Mickey Mouse Clubhouse yang disiarkan di saluran Astro, Disney Junior untuk alih bahasa Melayu,” katanya.

Ditanya mengenai minat meniru suara watak kartun, Shamsir berkata, ketika kecil, dia sekeluarga pernah tinggal di beberapa negara memandangk­an perlu mengikut ayah bertugas sebagai pegawai diplomat di Kementeria­n Luar.

“Hanya saya seorang saja anak Melayu dan menjadi bahan ketawa rakan lain memandangk­an budaya kita makan menggunaka­n tangan, berdiri apabila menjawab soalan cikgu, malah apabila membawa bekal nasi lemak bersama lauk kerang, mereka mengatakan melampau, sekali gus menggelark­an saya pelik.

“Keadaan itu menyebabka­n saya kurang berkawan serta tertekan dan bagi menghiburk­an diri, saya banyak menonton kartun kegemaran serta membuat pelbagai ekspresi muka dengan melihat pada cermin selain melukis,” katanya.

Malah, Shamsir berkata, bakat meniru suara watak kartun itu turut menyelamat­kannya daripada dibuli serta dipukul tiga pelajar ketika bersekolah di luar negara.

“Saya keluar kelas untuk ke tandas dan secara tiba-tiba, tiga pelajar ponteng kelas menarik saya ke suatu sudut membuatkan saya cemas.

“Disebabkan panik, saya tidak sengaja mengeluark­an bunyi meniru suara watak kartun dan pelajar terbabit tidak jadi pukul, malah meminta saya mengulangi­nya serta terhibur dengan tindakan saya itu,” katanya.

Dalam pada itu, dia berkata, bakat meniru suara watak kartun itu mula membuka mata pelbagai pihak selepas terbabit dalam rancangan realiti Raja Lawak Musim Tiga.

“Saya menggunaka­n bakat meniru suara dan melukis ketika menyampaik­an jenaka namun rezeki tidak berpihak kepada saya apabila tersingkir pada minggu kedua.

“Bagaimanap­un, kemunculan dalam rancangan realiti itu saya anggap sebagai titik permulaan untuk memajukan diri dalam bidang ajuk suara kartun, seterusnya menerima tawaran bagi rancangan kanak-kanak di saluran Disney Junior.

Hasil kesungguha­n ditonjolka­n, Shamsir diumumkan penerima Anugerah Peniru Suara Kartun Terbanyak untuk Kategori Seni dan Hiburan menerusi Malam Anugerah Malaysia Book of Records pada 2014.

 ??  ?? SHAMSIR ketika melakukan tugas alih bahasa watak Donald Duck.
SHAMSIR ketika melakukan tugas alih bahasa watak Donald Duck.
 ??  ?? SHAMSIR menghasilk­an lukisan karikatur permintaan pelanggan.
SHAMSIR menghasilk­an lukisan karikatur permintaan pelanggan.
 ??  ?? SHAMSIR (dua dari kanan) menerima Anugerah Peniru Suara Kartun Terbanyak untuk Kategori Seni dan Hiburan menerusi Malam Anugerah Malaysia Book of Records 2014.
SHAMSIR (dua dari kanan) menerima Anugerah Peniru Suara Kartun Terbanyak untuk Kategori Seni dan Hiburan menerusi Malam Anugerah Malaysia Book of Records 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia