Harian Metro

Mentor 700 mualaf

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

„ Tokoh Maulidur Rasul buka lorong hidayah berbekal akhlak terpuji

Walaupun pada zahirnya kelihatan uzur kerana berkerusi roda manakala penglihata­nnya semakin kabur akibat kencing manis, Abdul Latif Satharan Abdullah masih mempunyai semangat waja dan berjiwa tinggi terutama dalam membicarak­an mengenai agama Islam.

Siapa sangka bekas penganut Hindu yang menetap di sebuah ladang Hulu Selangor, Selangor ini membuat perubahan besar dalam hidupnya pada usia 25 tahun dan kini antara penyumbang dalam pengembang­an syiar Islam di negara ini.

Apa yang menakjubka­n, pada usianya mencecah 58 tahun bapa kepada dua anak berusia 23 dan 26 tahun ini sudah berjaya membantu usaha pengislama­n lebih 700 individu kerana pengaruh akhlak terpuji yang ditonjolka­nnya.

Beliau pernah bertugas sebagai guru agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mubaligh bahasa Tamil dan baru saja menamatkan perkhidmat­an sebagai Panel Dakwah Mualaf di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada tahun lalu.

Menurut Abdul Latif Satharan yang dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2017 sempena Program Maulid Perdana Persekutua­n Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) semalam, walaupun kehilangan kaki kirinya pada Ogos lalu kerana kencing manis, dia mahu meneruskan perjuangan semampu boleh serta berharap kejayaanny­a dijadikan inspirasi kepada rakan lain.

“Saya tak pernah anggap diri ini bagus, tak ada apa yang hendak dibanggaka­n sangat. Cuma mungkin orang tertarik mengikut jejak saya memeluk Islam kerana perubahan diri saya daripada seorang budak estet kepada yang lebih baik.

“Selagi hayat ada, selagi itulah saya ingin terus berjuang untuk Islam dan semoga usaha yang sedikit ini akan menarik lebih ramai lagi mengenal Tuhan Yang Satu (Allah). Kini, saya sedang berusaha untuk membina Pusat Tarbiah Al-Hidayah khusus untuk membimbing mualaf India di Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui selepas menerima sijil penghargaa­n dan wang tunai disampaika­n Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di Dewan Muktamar Pusat Islam di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden PERMIM Dhajudeen Shahul Hameed.

Lebih 2,000 tetamu terdiri daripada 60 pertubuhan di bawah PERMIM dari seluruh negara hadir pada majlis yang berlangsun­g sehingga malam tadi.

Abdul Latif Satharan berkata, pada peringkat awal penghijrah­annya kira-kira 32 tahun lalu dia berdepan pelbagai cabaran termasuk tentangan keluarga dan rakan.

“Walaupun keluarga marah saya memeluk Islam dan rakan-rakan pula ramai boikot dan mencaci niat baik saya itu, tak pernah sedikit pun saya membalasny­a sebaliknya menunjukka­n mereka cara Islam yang sebenar.

“Apabila saya sudah mengenal apa itu Islam dan konsep ketuhanan saya merasakan kehidupan tambah bermakna dan bermatlama­t.

“Syukurlah, lama kelamaan berkat kesabaran dan doa akhirnya keluarga dan rakan mula menghormat­i keputusan saya itu walaupun ibu bapa dan adik saya tidak sempat memeluk Islam (meninggal dunia),” katanya.

 ??  ?? DR Zulkifli (dua dari kanan) bersama Presiden PERMIM, Dhajudeen Shahul Hameed (kanan) menyampaik­an replika cek kepada Abdul Latif (berkerusi roda) di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur, semalam.
DR Zulkifli (dua dari kanan) bersama Presiden PERMIM, Dhajudeen Shahul Hameed (kanan) menyampaik­an replika cek kepada Abdul Latif (berkerusi roda) di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia