Harian Metro

Nur Jannah kini sudah boleh tersenyum

-

Kuala Lumpur: “Keadaan Nur Jannah semakin baik selepas menjalani pembedahan pemasangan alat ‘shunt’ dalam kepala pada Oktober lalu.

“Alat itu berfungsi menyalurka­n lebihan cecair dalam kepalanya ke perut dan kini kepalanya semakin kecil berbanding saiz asalnya 50 sentimeter,” kata Ahmad Razis Abd Rahman,33.

Ahmad Razis adalah bapa kepada Nur Jannah yang menghidap tiga penyakit iaitu sindrom patau atau alobar holoproenc­ephaly dan sumbing ketika dalam kandungan berusia tujuh bulan, manakala hydrocepha­lus (lebihan cecair di kepala) ketika usianya sebulan.

Sindrom patau ialah penyakit berkaitan masalah kromosom yang memendekka­n hayatnya dan ia juga penyebab Nur Jannah kerap diserang sawan.

Katanya, hasil pembedahan itu anaknya juga tidak lagi kerap diserang sawan berbanding dulu sehingga mukanya berubah warna biru kehitaman apabila penyakit itu datang menyerang tanpa mengira masa.

Bapa dua anak itu berkata, pembedahan terbabit dilakukan di Hospital Sungai Buloh dan ia turut mendatangk­an perubahan positif lain terhadap Nur Jannah apabila dia kini sudah boleh tersenyum.

“Sudah lama saya dan isteri Aslina Mhd Sani, 37, teringin mahu melihat senyuman Nur Jannah dan alhamdulil­lah sekarang dapat melihatnya.

“Senyuman ini sekali gus dapat melenyapka­n kegusaran di hati kami yang selama ini terlalu memikirkan kesihatan anak,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah Nur Jannah yang diserang sawan setiap tiga minit ekoran sindorm patau dihidapiny­a selain dua penyakit lain dihidapiny­a iaitu sumbing dan hydrocepha­lus.

“Kisah anak saya menarik perhatian ramai selepas disiar di akhbar ini dan sehingga kini masih menerima sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Terbaharu minggu lalu, kami menerima sumbangan RM5,000 daripada sebuah NGO,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia