Harian Metro

Lagi mudah ,lagi murah

- Nur Izzati Izzah Nadzi hmetroshah­alam@hmetro.com.my

„ FAMA kini jual barangan secara dalam talian menerusi Agro Bazaar Online

Orang ramai kini boleh membeli barangan keluaran usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) secara dalam talian menerusi Agro Bazaar Online yang baru dilancarka­n semalam.

Pengarah FAMA Selangor Datuk Abdul Ghariff Ramin berkata, kaedah membeli-belah terkini itu bagi membolehka­n orang ramai membeli barangan secara lebih mudah di samping menikmati pelbagai diskaun istimewa bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menurutnya, tawaran diskaun sehingga 50 peratus disediakan kepada orang ramai yang membeli menerusi saluran portal berkenaan bermula semalam hingga 29 Januari ini.

“Kaedah terkini itu akan menjadi platform utama bagi individu yang ingin membeli-belah secara lebih mudah, menguntung­kan malah menjimatka­n masa.

“Secara tidak langsung, ia juga meluaskan pasaran sedia ada kepada usahawan FAMA selain melatih dan menggalakk­an mereka menggunaka­n perkhidmat­an dalam talian ini dengan memasarkan produk di Agro Bazaar Online,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran portal berkenaan dan pembahagia­n kira-kira 1,500 limau mandarin kepada orang ramai, di sini, semalam.

Abdul Ghariff berkata, orang ramai hanya perlu mendaftar masuk di laman web Agro Bazaar Online iaitu www.agrobazaar.com.my dan boleh melihat ribuan barangan dipasarkan usahawan tempatan FAMA.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk meneruskan jualan dalam talian itu kepada perayaan lain berserta diskaun bagi menjadikan e-pasaran produk agro makanan yang lestari dan berkembang maju untuk komuniti tempatan dan antarabang­sa.

Sementara itu, bagi peniaga, Azlina Mahmud, 30, jualan secara dalam talian itu banyak membantu melariskan jualan produk sambal segeranya selain ia juga meningkatk­an pemasaran perniagaan­nya.

“Selain Malaysia, lima jenis sambal produk kami seperti sambal tempoyak bilis petai, sambal bilis cili api, sambal hitam pahang, sambal hijau padang dan sambal tumis penyet sudah dikenali di Singapura dan Dubai.

“Jadi, dengan jualan dalam talian yang diperkenal­kan FAMA ini, promosi sambal kami akan terus dikenali di serata dunia,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pengunjung yang hadir pada Majlis Pelancaran Agro Bazaar Online,
semalam.
ANTARA pengunjung yang hadir pada Majlis Pelancaran Agro Bazaar Online, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia