Harian Metro

4,000 pengunjung banjiri Karnival Pokok Tin kali keempat

-

Putrajaya: Lebih 4,000 pengunjung membanjiri Karnival Pokok Tin atau lebih dikenali sebagai ‘Figgers Day’ di tapak MyFarm Outlet Kasih, Presint 7, di sini, yang berlangsun­g selama tiga hari, sejak Jumaat lalu.

Karnival yang berakhir semalam itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai terutama peminat pokok tin untuk mendapatka­n pelbagai barangan berasaskan pokok tin pada harga berpatutan.

Pengerusi Selangor Figgers Sahudin Mohamad Amin berkata, karnival siri keempat itu menawarkan pelbagai barangan, pameran dan aktiviti berasaskan buah tin kepada pengunjung yang hadir.

“Karnival ini adalah salah satu usaha untuk memperkena­lkan tanaman pokok tin atau nama saintifikn­ya Ficus Carica yang mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewa­an dari pelbagai aspek.

“Selain itu, karnival ini juga dapat membantu pengusaha tanaman pokok tin untuk menjual produk mereka sekali gus dapat membantu meningkatk­an ekonomi mereka,” katanya ketika ditemui di tapak MyFarm Outlet Kasih, Presint 7 sempena Figgers Day di sini, semalam.

Katanya, karnival yang dilaksanak­an dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) itu menawarkan pelbagai barangan dan aktiviti termasuk jualan anak benih pelbagai jenis pokok, pertanding­an memasak berasaskan buah tin dan kelas penjagaan pokok tin.

Sahudin berkata, sambutan diterima sangat menggalakk­an dan pihaknya bercadang melaksanak­an siri kelima karnival itu di Bangi atau Shah Alam, Selangor selain program siri jelajah.

Seorang pengunjung, Munsyih Abdullah, 34, berkata, dia dan isteri tidak melepaskan peluang untuk mengunjung­i karnival itu bagi mendapatka­n anak benih semaian pokok tin yang dijual dengan harga murah.

“Harga pokok tin yang dijual di sini sangat murah serendah RM50 hingga RM400 berbanding harga pasaran luar bermula RM100 ke atas selain memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung.

“Karnival ini bukan saja menjual barangan berasaskan pokok tin, malah mereka turut memberi panduan dan tip kepada pengunjung yang baru berjinak dengan tanaman pokok tin,” katanya.

 ??  ?? BUAH tin yang belum masak di Karnival Pokok Tin.
BUAH tin yang belum masak di Karnival Pokok Tin.
 ??  ?? PENJUAL memberikan penerangan mengenai teknik pembenihan pokok tin dari batang.
PENJUAL memberikan penerangan mengenai teknik pembenihan pokok tin dari batang.
 ??  ?? POKOK tin dijual antara RM50 hingga RM400.
POKOK tin dijual antara RM50 hingga RM400.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia